Banyak buluh, sambung balik projek Jungle Survival?

Ahad, 28 Mac 2021, 10:30 am

Banyak buluh, sambung balik projek Jungle Survival? 😁

Tahun lalu pokok² buluh kat bukit kat ni ditebang untuk lapangkan kawasan ⁽¹⁾. Saya ada juga ambil video, ingat nak buat macam Jungle Survival tu ⁽²⁾. Tapi tiba² Covid-19 datang, lalu berbulan² tak singgah sini. Sekarang buluh semua dah panjang balik.

① – Ni buluh² yang dipotong sepanjang 6 kaki, muat dibawa dalam Unser. Digunakan untuk buat lantai untuk menyimen tutup parit di depan rumah kat Kuching.

② – Ni rangka ‘istana sangkut’ ataupun dango kat kebun, diperbuat daripada besi bekas frame divider atau langsir kat katil di klinik, dan juga angle iron.

Ada idea nak buat dinding & bumbung dango daripada buluh yang ada. Sementara belum lagi mula bulan puasa ni, rasanya sempat nak memotong² & membelah² buluh.

Jadilah nama projek ni projek , nanti² dapat buat jadi tempat jugak 😅.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2020/02/minggu-lalu-byk-ini-saja-buluh-yg-dikumpul-utk-dikeringkan/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2020/03/behind-the-scene-proses-mengumpul-buluh-utk-buat-istana-sangkut-%f0%9f%8f%b0/

Komentar (0):

Source: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/275200157383134/

Tulis komen: