Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Merasa jjajang ramyun oleh Samyang

Jumaat, 26 Mac 2021, 10:00 am0

Kalau tengok kat drama atau candawara (variety show) Korea, mereka ada mi jjajang (jjajangmyun, 짜장면), ataupun mi dengan sos kacang hitam (black bean sauce). Saya selalu terfikir macam mana rasa sos jjajang tersebut, adakah rasa macam inti bun kacang merah? Sebab daripada kacang jugak kan? 😅

162658118_273619134207903_929239000066594188_n.jpg

① – Rupa²nya begini rasa dia – macam mi kicap 😁.

Mi dia agak special, rebus 5 minit tapi mi tak kembang, kalau megi dah 2 kali ganda saiz. Lepas tu, kekal kenyal, bila gigit kunyah mi tu masih ada rasa tekstur kenyal dia. Lebih kurang macam mi udon daripada Vit’s.

Lepas tu, sos jjajang yang nampak macam sambal hitam tu, bau dia macam kicap lemak manis Adabi 😆. Rasa dia pun agak manis², masin² sikit, tapi tak pedas. Lepas makan 2-3 paket, bau sos jjajang tu ada bau keju cheddar, yang macam sos mac n’ cheese Prego tu.

163195262_273619127541237_5054139332959365715_n.jpg

② – Bila mi dan sos jjajang digaul bersama, jadilah nampak macam mi kicap, bau pun ada lebih kurang sama 😂.

Saiz hidangan satu paket ini sedang² cukup. Kalau dibandingkan dengan Maggi cup, sikit amaun mi dia, kalau Maggi Big pulak, banyak sangat. Mi Samyang ni just nice~.

Tuna dan cherry tomato tu untuk menambah protein & serat (fibre), tak lah kena sembelit nanti 🤭.

162886355_273619140874569_299425451996898071_n.jpg

③ – Kalau yang pernah makan mi jenama Samyang, akan tahu betapa pedas mi ini, terutamanya yang paket warna merah seperti jenis Hot Chicken. Waktu kat awal tahun ini ⁽¹⁾, saya pernah sekali cuba Hot Chicken dengan cheese (치즈불닭볶음면) yang paket warna kuning, tapi rasa pedas dia, lahaulawalaa…

Boleh datang balik gastrik ⁽²⁾ kalau pedas macam tu 🥵.

Oh ya, produk ini disahkan halal oleh Korea Muslim Federation Halal Committee 👍.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/02/review-hotel-place2stay-sri-aman/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2020/02/sampai-gastrik-aku-follow-drama-politik-ni-%f0%9f%a4%92/

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/273619177541232/

Pingback: Cuba buat jjapaguri tanpa hanwoo

Pingback: Jangan abai label pedas kat paket tu 🌶

Tulis komen: