Petang² jalan tengok gunung & bukit batu kapur, BKSS Loop part 2

Sabtu, 1 Mei 2021, 2:00 pm579

Part ke-2 saya memandu dari Shell yang berdekatan dengan Rock Garden & Dewan Suarah Bau, menggunakan jalan Jambusan menuju ke Bengoh Dam Resettlement Site.

Bengoh Dam Resettlement Site adalah kawasan penempatan semula kampung² yang tenggelam akibat pembinaan empangan Bengoh. Dalam video boleh lihat betapa cantik & luas tempat & rumah yang disediakan kepada penduduk yang terkesan.

Jalan² kat laluan ini waktu petang yang cerah memang best, sebab arah matahari dari belakang, dan di hadapan dapat lihat bukit bukau dengan bentuk² yang unik & boleh nampak batu kapur yang mana sesetengah terdapat gua di situ.

Walaupun jalan ni nampak ok, tapi terdapat beberapa kawasan yang terdapat lubang² (pothole) dan ada juga mengalami tanah runtuh. Laluan selepas Sungai Staat, terdapat kawasan ladang sawit, rumput² di tepi jalan tumbuh tinggi menjadi semak, sehingga jalan raya nampak sempit.

Laluan selepas kawasan sawit tu memang best, bulan 2 yang lalu pernah buat EvoDrive limpas jalan ni ⁽¹⁾. Jalan naik turun belok selekoh tu yang seronok tu bawak laju², tapi kena hati² sebab permukaan jalan sebenarnya tak berapa rata, pastu ada tanah runtuh lagi.

Tonton video ini di :

▶ https://youtu.be/8hVJsKgoAKQ

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/02/pkpb-di-sarawak-dilanjutkan-hingga-1-3-2021/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/295348245368325/

Tulis komen: