Sos krim tomato ni nampak macam kuah kari atau rendang ayam pulak
Selasa, 25 Mei 2021, 8:00 pm0
Tapi bila #makan, memang rasa tomato, rasa sos #pasta, cuma agak manis, mungkin pengeluar ni tambah gula.
Kepingan ayam dia pulak macam kepingan daging vegetarian. Bukan maksud saya mengkritik, cuma nak bagitau expectation makaroni ni kalau ada siapa² nak mencuba jugak makaroni tomato cream sauce daripada Master Pasto ni.
Sekarang kat Everrise Metrocity ada promotion, harga biasa RM10.50, saya dapat harga RM7.90, lepas ni nak cuba yang lain² pula, rasanya tadi ada jumpa spaghetti bolognaise. Nais~
—
Berita sampingan hari ini: Kemalangan LRT bertembung di laluan terowong berdekatan KLCC malam semalam, 166 cedera ringan manakala 47 orang parah.
- https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/820368/perlanggaran-lrt-beratus-cedera
- https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/820372/mangsa-kemalangan-lrt-sudah-dibawa-keluar
26 Mei 2021
Tak dapat ke Serian & Bau 2 minggu ni
24 Mei 2021