Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Masuk balik jalan kampung, BKSS Loop part 10

Sabtu, 26 Jun 2021, 2:00 pm0

Part kali ni bermula dari pekan Balai Ringin, masuk simpang ke ⁽¹⁾ dan berhenti di simpang Ulu Simunjan.

Laluan yang digunakan ialah pakej WPC 03 Serian – Pantu, masih dalam pembinaan tapi dah makin siap, kurang lencongan. Bila masuk jalan ke Simunjan, jalan pun kira ok, sehingga selepas Kpg Kesindu, banyak permukaan jalan rosak, saya rasa mungkin disebabkan banjir.

Kemudian selepas SK Padang Pedalai, sebelum simpang Ulu Simunjan, bahagian jalan di sinilah yang paling teruk sepanjang BKSS loop ni. Nampak lama dah tak dibaiki & dalam video dapat dengar bunyi terhentak kuat bila saya lalu di situ. Pengundi kawasan sini tak saput GPS kah, lalu tak dapat projek jalan 😒?

Tengok video ni kat :

▶ https://youtu.be/bDWgjcLBH24

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/04/jalan%c2%b2-tengok-jejambat-simpang-simunjan-melangkah-panborneo/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/329519735284509/

Tulis komen: