Medi hotel kat SGH namanya Serapi Verdure Hotel
Isnin, 7 Jun 2021, 8:55 pm0
Medi hotel ialah hotel berdekatan dengan hospital yang mempunyai fungsi khas untuk menempatkan pesakit yang tak perlukan penjagaan penuh seperti di wad. Selain itu, hotel ini juga sebagai tempat penginapan pesakit, penjaga atau ahli keluarga yang diam jauh dari hospital.
Pembinaan hotel ini, termasuk dengan tempat letak kenderaan bertingkat untuk Hospital Umum Sarawak (SGH), dimulakan pada tahun 2017 ⁽¹⁾. Kontraktor yang bertanggungjawab untuk membina projek ini ialah Weida Group. Selalu tengok nama Weida kat tong² air .
Petang tadi saya sempat #jalan tengok kawasan sekitar, nampaknya pembinaan dah nak siap & hotel ni mungkin akan dibuka tak lama lagi .
⁽¹⁾ https://kuchingborneo.info/sarawak-general-hospital-upgrades-close-to-completion/
Best jugak dah ada ciri ni dalam iOS 15
8 Jun 2021