Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Best jugak dah ada ciri ni dalam iOS 15

Selasa, 8 Jun 2021, 9:00 pm0

Banyak ciri baru 15 yang diumumkan oleh pada hari pertama WWDC awal pagi hari ni tadi ⁽¹⁾, seperti penambahbaikan FaceTime, Apple Wallet, Maps & iPadOS. Namun bagi saya, hanya ada 2 perkara yang saya rasa sangat berguna nanti:

194311591_318861903016959_5004351300012744490_n.jpg

① – Find My untuk AirPods – sebelum ni Find My hanya dapat mengesan di mana earbuds AirPods apabila ia berada di luar bekas pengecas (charging case). Dalam iOS 15, Find My dapat juga mengesan kedudukan AirPods apabila ia tersimpan dalam charging case. Tak perlu lagi guna tracker berasingan untuk case ⁽²⁾ 👍.

195397167_318861906350292_3712507846230202950_n.jpg

② – LiveText – aplikasi Camera dapat mengesan tulisan dalam gambar, dan proses akan dilakukan dalam peranti itu sendiri tanpa perlu dihantar ke server. Lebih kurang macam aplikasi Google Lens, cuma sekarang tak perlu pasang app berlainan, Camera sendiri dah ada ciri ni.

Senang sikit kalau nak ambil teks yang ada pada gambar, tak perlu taip secara manual yang kadang² berlaku salah taip. Contohnya untuk ambil nombor telefon, alamat atau notis² makluman. Nak copy source code dari slide pun boleh ⁽³⁾, ni student mesti suka ni 😅.

Selain itu, yang bagusnya iOS 15 ni nanti dapat dipasang sehingga SE 1st gen ⁽⁴⁾. Masih dapat pakailah iPhone SE lama ⁽⁵⁾ tu walaupun skrin dah retak 😁.

⁽¹⁾ https://techcrunch.com/2021/06/07/heres-everything-apple-announced-at-the-wwdc-2021-keynote/
⁽²⁾ https://twitter.com/daveverwer/status/1401956923268730883
⁽³⁾ https://twitter.com/_inside/status/1402018736391995396
⁽⁴⁾ https://www.macrumors.com/2021/06/07/ios-15-iphone-ipad-compatibility/
⁽⁵⁾ https://azwan082.my/2020/11/salah-satu-hasil-tuaian-11-11-bateri-baru-untuk-iphone-se/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/318861949683621/

Tulis komen: