Pelan² buat pelan pulihkan negara

198289702_322996992603450_3308782175459789201_n.jpg

Selasa, 15 Jun 2021, 9:55 pm483

Ada yang ternanti² pengumuman sinar baru? Sabar dulu, kata 😆. Ini hanya penerangan pelan untuk keluar dari ‘camelot’ pandemik (exit plan) & membuka balik aktiviti ekonomi & sosial. Orang yang selalu buat plan saja yang faham 😏.

Sebelum ni ada juga rancangan atau pelan kerajaan untuk mengendali masalah pandemik , tapi lebih bersandarkan masa (time-based). PKP untuk 2 minggu, PKPB untuk 4 minggu, dan sebagainya. Kali ini ia bersandarkan nilai ambang (threshold value).

Seperti yang diterangkan, nilai² ambang yang digunapakai ialah:

  • Purata kes harian Covid-19
  • Penggunaan katil di wad ICU
  • Kadar vaksinasi (% populasi)

Berdasarkan nilai ambang (threshold value) di atas, maka kita akan memasuki fasa² tertentu. Contohnya sekarang, kita berada di fasa pertama, kerana nilai ambang berada dalam:

  • Lebih 4000 kes harian
  • Penggunaan katil masih paras kritikal
  • Kadar vaksinasi di bawah 10% daripada populasi seluruh negara

Apabila nilai² ambang yang disenarai di atas melangkaui nilai tertentu, jadi negara memasuki fasa² pemulihan tertentu, dan di setiap fasa, akan berlaku pembukaan aktiviti di sektor² tertentu, seperti disenarai dalam gambarajah.

Apa yang kita kena faham di sini ialah, fasa ini bukannya pasti akan berlaku pada bulan² yang disenaraikan. Ia adalah unjuran / jangkaan (forecast) sahaja. Jadi kalau nanti bulan Julai, kita masih belum lagi masuk fasa kedua, ataupun sampai bulan Disember nanti kita masih di fasa ketiga, bukan bermaksud ‘kerajaan mungkir janji’.

Keputusan untuk membuka aktiviti ekonomi & sosial bergantung kepada nilai² ambang yang dinyatakan.

Jadi, maksud tersirat di sini, kalau kita nak cepat kembali ke keadaan sedia kala seperti sebelum pandemik, kita sendiri mesti

  • Patuhi SOP – pakai pelitup muka, jangan berkumpul ramai² atau bersendik² dengan orang ramai & jaga kebersihan.
  • Pergi ambil vaksin – susah macam mana pun nak register, usahakan. Imuniti kelompok tu yang kita mahu capai. Tapi kalau diri tu dah antivaksin, sila pergi mampus 🤐.

Lagi cepat kita sama² usahakan untuk hapuskan penyakit ni, lagi cepat kita dapat kembali kepada keadaan normal.

Sumber – https://www.youtube.com/watch?v=LalsQ7iyM9E

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/322997135936769/

Pingback: Sampai bila PKP ni 😤?

Tulis komen: