Pernah tengok periuk nasi saiz bekas pensel?
Rabu, 16 Jun 2021, 9:30 pm0
Dalam banyak² video pasal #campervan yang saya tengok, video daripada Youtuber Jepun ni yang paling unik. Biasanya campervan dibina daripada van terpakai & habis semua isi dalam kenderaan ditanggalkan, dinding lantai ditebuk & diubahsuai.
Yang Dentan buat ni pulak, menggunakan #kereta kotak popular di Jepun, Suzuki Spacia, yang masih baru tanpa apa² modifikasi pada ruang dalaman, hanya pasang struktur lantai custom-made boleh buka pasang (removable), dah dapat dijadikan campervan.
Sebelum ini Dentan memasak dalam keretanya menggunakan dapur mudah alih (portable stove). Kemudian, saya agak dia mendapat sponsor portable power station, lebih kurang macam #bateri powerbank bersaiz bakul makcik jual kuih. Dengan kapasiti 1000Wh (watt-hour), dia dapat memasak menggunakan peralatan elektrik di dalam kereta, tanpa terdedah dengan risiko pengumpulan karbon monoksida apabila menggunakan dapur gas.
Kenapa Dentan tak masak kat luar saja? Memang ada masanya dia buka tingkap waktu memasak, tapi mungkin sebab dia nak minimakan barang yang dibawa, tak perlu nak setup tempat memasak kat luar. Lagi pun dia diam kat bahagian utara Jepun, sebelum pulau Hokkaido, dengan cuaca yang sejuk & bersalji, ada kalanya hujan & berangin, baik lagi duduk dalam kereta saja.
Antara peralatan memasak yang dia gunakan adalah periuk nasi seperti dalam gambar. Kecil saiznya, macam bekas pensel waktu sekolah rendah, dapat memasak nasi yang banyaknya cukup satu hidangan untuk seorang saja.
Selain itu, peralatan lain yang dia gunakan adalah seperti induction cooker & cerek elektrik. Yang menariknya, kedua² peralatan ini tidak menggunakan terlalu banyak tenaga. Dalam video, dapat dilihat cerek menggunakan sekitar 400W, periuk nasi dalam 200W, manakala induction cooker menggunakan sekitar 400-500W bergantung kepada nombor power pada dapur.
Untuk perbandingan, cerek elektrik yang selalu ada kat bilik hotel dengan badan aluminium tu, menggunakan 2000W tenaga.
Selepas sehari menggunakan power station tersebut, dapat dilihat masih tinggal dalam 79% lagi tenaga elektrik. Mungkin sekali cas penuh, power station yang Dentan pakai tu boleh tahan sampai 4 hari, baru cas lagi.
Pasal masakan pula, Dentan banyak tunjukkan dia masak makanan segera yang banyak dijumpai di kedai serbaneka di Jepun. Kalau kat sini orang hanya kenal megi saja sebagai makanan segera, kat Jepun, nasi pun ada dijual dalam bentuk segera.
Tengok video² Dentan berkenaan:
- Power station & peralatan memasak – https://youtu.be/MJCY3l6ORI4
- Cara pasang frame lantai dalam Suzuki Spacia – https://youtu.be/L8J8aKGoiVI
Channel Youtube Dentan – https://www.youtube.com/channel/UClCj1O3_-B3io9f8tyCK08w
—
Ni yang buat saya terfikir nak buat jugak lantai custom untuk #vivaturbo. Buat guna kayu & plywood saja dulu, lapik lantai dengan semi-leather, tapi design frame dia mesti dapat pasang & buka balik. Bila dah habis PKP, boleh cuba pergi #camping dalam kereta kat pantai di ‘Lundun’ .
P.s: Menarik pulak tengok tahap praktikaliti kereta kotak kat Jepun ni. Kalau kat sini, kereta lama banyak yang kotak, seperti Proton Juara, Perodua Kenari & Suzuki APV. Yang baru pulak saya hanya tahu ada Honda N Box. Biar takda gaya, asalkan banyak guna .
Kereta tak berjalan, buka seat & cuci
17 Jun 2021
Pelan² buat pelan pulihkan negara
15 Jun 2021