Yeyea sambung PKP season 3
Jumaat, 11 Jun 2021, 9:05 pm0
Seperti biasa, MKN akan umum dulu #MCO untuk seluruh Malaysia ⁽¹⁾, kemudian baru giliran SDMC umum untuk Sarawak. Update: Sarawak pun akan ikut sambung PKP sampai hujung bulan ni ⁽²⁾.
Kalau dibaca pada laporan reaksi kepada PKP v3 ⁽³⁾, pihak yang bersetuju kata PKP perlu, tapi kerajaan kena tambah bantuan kewangan. Pihat tak bersetuju pula kata penguatkuasaan PKP tak tegas, masih banyak kluster baru berpunca di tempat kerja.
Pada fikiran saya, baik sekatan jalan raya tu diganti dengan pandu lalu menyuntik #vaksin. Kerajaan negeri & pihak swasta bebas nak beli vaksin sendiri. Inject dulu baru register, lebih lancar lagi proses nak cepat dapatkan imuniti kelompok.
⁽¹⁾ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/826677/pkp-30-disambung-hingga-28-jun
⁽²⁾ https://www.utusanborneo.com.my/2021/06/11/sarawak-turut-lanjutkan-pkp
⁽³⁾ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/826729/pelanjutan-pkp-30-undang-reaksi-berbeza