Audacity dah tak FOSS lagi
Isnin, 5 Julai 2021, 8:00 pm0
Bagi mereka yang selalu mengedit audio, Audacity adalah antara software yang popular digunakan sebab ia adalah free & open source software (FOSS). Tapi baru² ni selepas projek Audacity diambilalih oleh Muse Group (yang juga empunya website Ultimate Guitar), mereka telah mengubah privacy policy menjadikan ia tidak patuh GPL (GNU General Public License) lagi ⁽¹⁾:
Perubahan pada polisi mengumpul data untuk tujuan penguatkuasaan undang² dan atas permintaan pihak berkuasa.
Tidak boleh digunakan oleh pengguna berumur 13 tahun ke bawah.
Part mengumpul data tu yang menyebabkan ramai pengguna menentang, sebab ia menggugat kebebasan menggunakan software ini. Mungkin pihak berkuasa dapat kumpul bukti & saman orang yang edit lagu cetak rompak menggunakan Audacity ni ?
Sudah wujud beberapa usaha untuk mencipta fork* untuk projek ini, antaranya seperti di repo Github ini ⁽²⁾. Namun terdapat undang² hakcipta yang mungkin menghalang nama & logo Audacity digunakan balik untuk software yang telah di-fork ini.
Untuk rekod, versi terkini ialah 3.0.2, versi yang dah tak ‘halal GPL’. Untuk versi yang sudah di-fork, besar kemungkinan akan menggunakan nama & logo baru, sudah ada yang cadangkan nama ‘AudaciFree’ ⁽³⁾.
P.s: Secara teknikalnya, Audacity dilesenkan GPLv2, jadi perubahan ini masih sah di bawah lesen tersebut.
—
Saya sendiri dah lama tak guna software ni. Dulu² selalu guna untuk rakam audio main #gitar, tapi gitar akustik saya sekarang dah pencen. Nak upgrade terus ke gitar karan pulak lepas ni .
*Fork – projek baru yang menggunakan sumber dari projek asal & pembangunan projek baru ini diteruskan dengan hala tuju berbeza daripada projek asal.
⁽¹⁾ https://www.macrumors.com/2021/07/05/audacity-spyware-claims-privacy-policy/
⁽²⁾ https://github.com/cookiengineer/audacity
⁽³⁾ https://github.com/audacity/audacity/issues/1213
Laluan ke Pantai Puteri dah ditembok batu besar
6 Julai 2021
Banyak makan krap krup~ minggu ni
4 Julai 2021