Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Krabby patty hari raya haji

221427235_344867553749727_413435759120356076_n.jpg

Selasa, 20 Julai 2021, 1:30 pm0

Dalam satu episod Spongebob Squarepants ⁽¹⁾, dia ada tunjuk cara untuk menyusun topping dalam burger Krabby Patty. Jadi apa lagi, mestilah nak cuba.

Saya cuba untuk ikut sepenuhnya bahan² yang dinyatakan, tapi ada beberapa pengubahsuaian yang saya buat:

  • Bun burger saya guna jenis wholemeal, tak jumpa bun burger biasa.
  • Tak dinyatakan patty guna daging apa, saya guna burger daging Ramly.
  • Untuk pickle, saya tak jumpa dill pickle, yang selalu digunakan dalam cheeseburger McD tu. Jadi saya tukar guna radish pickle. Radish pickle tu saya rendam dulu untuk buang rasa masin.
  • Untuk onion pula, dalam kartun tu nampak macam bawang merah besar / bawang Bombay, tapi saya tukar kepada bawang besar, senang jumpa.
  • Tomato, saya guna tomato ceri.

Ini video proses buat krabby patty ni:

Tengok kat Instagram

@azwan082

Berkenaan rasanya pula, nang nyaman 😋. Untuk keju yang saya guna ni, jenama Buck, tak berapa rasa sangat. Sebelum ni saya ada cuba keju jenama Arla, yang jenis burger slices cheddar taste, bungkusan warna hijau tu, yang tu barulah rasa keju dia kuat macam cheeseburger McD.

Lepas tu rasa bawang besar tu agak kuat, mungkin sebab saya letak banyak, ataupun sebab saya letak mentah, biasa tengok kat gerai burger diorang tumis bawang tu sampai layu dulu.

Sos mustard tu pula rasa dia ada masam² sikit, pastu ada sikit rasa pedas² lada. Bagi yang ada makan sayur sawi mustard tu, macam tu lah rasa pedas sikit tu.

Selamat hari raya Aidiladha 1442H, jom 🍔.

⁽¹⁾ https://www.facebook.com/watch/?v=10155360215766366

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/344867600416389/

Tulis komen: