Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Road to 100k pulak, dapatlah silver play button

218311544_340478520855297_3974464827539075007_n.jpg

Selasa, 13 Julai 2021, 8:00 pm0

Hari ni pertama kali bilangan kes baru mencecah 5 digit ⁽¹⁾. Ingat lagi tahun lalu bila angka kes lebih seribu, orang dah panik. Pastu naik sampai 5 ribu, panik lagi. Beberapa bulan ni dah tiap hari tengok 6 ke 8 ribu kes setiap hari, orang dah tak heran. Dah tak panik lagi, dah capai imuniti kelompok mungkin, imun daripada rasa risau.

Sama lah macam kat sini, sekarang dah ada lebih 16 jangkitan varian Delta kat Kuching ⁽²⁾, PPN fasa 2 esok lalu buat U-turn tak bagi dine-in ⁽³⁾, belum lagi masuk varian Lambda. Mungkin menjelang tahun depan, beratus² lagi kes varian Delta & orang ramai dah tak heran lagi.

Point saya di sini, kita tak dapat sentiasa risau dengan angka jangkitan baru. Seperti yang saya tulis sebelum ini ⁽⁴⁾, jumlah kes baru mungkin tak akan menurun, kena terima kenyataan yang kita akan hidup bersama virus ni. Yang penting kekalkan tabiat normal baru apabila berada di tempat umum yang ramai orang – jangan rapat sangat berdiri dekat orang lain, pakai pelitup muka, selalu cuci tangan & ambil .

⁽¹⁾ https://www.facebook.com/373560576236/posts/10158050577416237/
⁽²⁾ https://www.theborneopost.com/2021/07/13/covid-19-16-more-delta-variant-cases-detected-in-kuching/
⁽³⁾ https://www.theborneopost.com/2021/07/13/covid-19-dine-in-no-go-tomorrow-as-delta-variant-cases-rise-in-sarawak/
⁽⁴⁾ https://azwan082.my/2021/06/sampai-bila-pkp-ni-%f0%9f%98%a4/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/340478560855293/

Tulis komen: