Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Bertarung dengan takoyaki 😂

233700095_355871879315961_7350378276385790877_n.jpg
233762805_355871875982628_4420393511713680407_n.jpg

Jumaat, 6 Ogos 2021, 6:55 pm0

Ini screenshot daripada video seorang truck camper dari Jepun. Dia bina satu struktur bilik sebagai tempat menginap semasa berjalan² melancong dengan style , dan diletakkan di belakang kei truck Subaru Sambar. Dalam channel Youtube ‘Tales Along The Way’, ada video menunjukkan proses pembinaan dari mula hingga dapat dibawa bercamping.

Dalam salah satu video, laki Jepun ni, nama dia Tabi Ie, telah cuba buat takoyaki dari mula ⁽¹⁾. Cubaan pertama gagal, agak lucu juga tengok hasil kerja, dari cuba nak buat takoyaki, jadi macam okonomiyaki pulak. Dari mula step dia buat adunan tepung tu pun dah nampak lain macam 😅.

Video seterusnya, dia mahukan rematch, cuba lagi buat takoyaki sampai jadi ⁽²⁾. Loyang takoyaki tukar dari jenis atas dapur kepada jenis elektrik. Pastu cara buat adunan pun ubah ikut cara adunan penkek. Last² ada rupa takoyaki menjadilah jugak 😆.

Banyak tengok video ni, lalu saya rasa teringin nak cuba jugak. Kebetulan ada jumpa frozen takoyaki dijual kat Everrise, boleh cuba kat rumah. Takoyaki ni jenis dah siap masak, cuma tinggal nak panaskan saja lagi, tak perlu pergi bertarung 😁.

Boleh panaskan semula guna microwave, tapi saya cuba panaskan atas dulang dalam toaster oven, ia menghasilkan kerak rangup tu yang buat rasa takoyaki ni lebih menyelerakan. Tapi memang kena makan dengan sos tiram jugak, barulah rasanya lebih authentic 👍

⁽¹⁾ https://youtu.be/aZIapfGXksw
⁽²⁾ https://youtu.be/qQPlfJ6pzVw

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/355871919315957/

Pingback: Resipi pan-seared salmon dengan sayur kuah kari Jepun

Tulis komen: