Jalan² sekeliling Los Santos, GTA 5

219352918_352821779620971_3627723827744637428_n.jpg

Ahad, 1 Ogos 2021, 10:25 pm

Jalan² sekeliling Los Santos, GTA 5.

Dah masuk 2 bulan kena PKP tak dapat rentas daerah, jalan² dalam pun jadi lah 😅.

Ni saya main story mode, baru sampai part jadi Trevor Philips. Baru seminggu start main balik, masih noob lagi, jari pun semakin familiar dengan gamepad controller, cuma bila part main tembak² tu masih fail, susah nak aim guna joy button, kena pakai mouse.

saya ni sambung ke TV menggunakan sambungan HDMI. Skrin laptop tu mirror ke TV, jadi saya tutup skrin tu, sebab tak nak tengok banyak grafik bergerak, pening 🥴. Dah la framerate game dalam belasan FPS, nampak tersekat².

Yang bestnya main GTA 5, walaupun dalam story mode, boleh saja main secara bebas, open world. Jadi saya dah cuba macam² kereta & berpusing satu map Los Santos, dan antara tempat yang saya gemar pergi ialah Mount Chilliad, drive pelbagai jenis kereta naik ke puncak gunung, ada rasa macam offroading sikit, tengok mana kereta yang sampai, atau tergolek jatuh gunung lalu meletup 💥.

Bagi mereka yang dah pernah main game ni mesti kenal imej Trevor yang serabai ni, bila dipakaikan baju begini nampak macam dia kerja ofis pulak 😂.

Komentar (1)

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan. Maklumat wajib isi ditanda dengan *

Kandungan berkaitan: