Mana nak cari RPG free kat Los Santos?

240227350_367936661442816_6292943765904011862_n.jpg

Rabu, 25 Ogos 2021, 6:35 pm

Mana nak cari RPG free kat Los Santos?

Dah habis story mode ⁽¹⁾, sambung jalan² sekeliling Los Santos pulak ⁽²⁾, cari mission baru.

Ada sebuah jambatan dekat dengan airport Los Santos ni, cuba pergi ke tempat parking bawah jambatan, pastu cari tempat kabel jambatan bersambung ke tanah. Dari situ, cuba berjalan atas kabel tu perlahan² sampai ke puncak jambatan. Di situ boleh jumpa RPG atau rocket launcher 🧨.

Kalau dapat wanted level kat atas menara jambatan ni, senang saja nak escape, polis tak tahu nak panjat kabel jambatan ni. Cuma jangan sampai 3 bintang, nanti helikopter datang, makin susah nak escape 😬.

Mungkin banyak lagi tempat lain boleh jumpa RPG atau senjata lain, seperti sniper rifle yang saya ada juga jumpa kat observatory & satu rumah kat area Richman Street. Ini baru sebulan lebih main GTA 5, dah jumpa macam².

⁽¹⁾ azwan082.my/2021/08/lepas-injek-sambung-habiskan-game
⁽²⁾ azwan082.my/2021/08/jalan%c2%b2-sekeliling-los-santos-gta-5

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: