Sehari eksesais, 6 hari melantak 😂

  • 235593179_360371782199304_2789343313228110707_n.jpg
  • 237804421_360371768865972_4054627386355883221_n.jpg

Jumaat, 13 Ogos 2021, 9:35 pm

Sehari eksesais, 6 hari melantak 😂.

Hari ni rasa nak dumpling pulak, nak cuba gyoza (Japanese pan-fried dumpling), Japanese chicken dumpling ni. Boleh dimasak guna cara kukus, goreng atau rebus.

Saya masak cara stir fry, sikit minyak, pastu cicah dengan sos tiram. Cuma tak berapa rasa sangat ayam dalam inti, macam lebih rasa kucai / daun bawang. Pastu cicah sos tiram pun tak berapa cun, hanya masin yang kuat, lebih sesuai dengan cicah pedas & masam.

Tengok dumpling goreng ada warna perang sikit ni, teringat Running Man episod masak², tapi bila lihat balik, tak jumpa pulak episod mereka goreng dumpling macam ni. Entah² rancangan lain – Invincible Youth / 3 Meals a Day / 2 Days 1 Night / Sixth Sense 🤔?

Kandungan berkaitan:

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.