Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Tukar rim, spanar tayar pun kena tukar

232659809_356565352579947_3891286231669065115_n.jpg

Sabtu, 7 Ogos 2021, 9:55 pm0

Rim 14” BBS ini saya dapat daripada kakak saya di Bintulu, Viva mereka nak swap dengan rim besi ni supaya dapat dijual. Itu antara sebab saya pergi jalan² melancong sampai Miri hujung tahun lalu ⁽¹⁾.

Lepas tukar rim, terus saya tukar baru Silverstone, waktu tu mileage 130,140 km, sekarang dah 144,590 km, dah 14,450 km dah tayar ni berjalan, barulah sempat nak rotate kedudukan tayar. Tayar sebelum ni dah rotate bulan 10 tahun lalu ⁽²⁾.

Bila dah pakai rim 14”, barulah dapat pasang ventilated disk brake, dah tak risau lagi kalau brake overheat macam waktu turun Borneo Highland time ikut Evo Drive bulan 2 lalu 😅 ⁽³⁾.

Cuma bila dah pakai rim ni, saiz lug nut tayar dah tak sama dengan stok. Spanar tayar yang datang dengan kereta ialah saiz 21 mm, rim ni guna nut saiz 19 mm. Saya ada beli wrench dari Mr. DIY, tapi besi dia lembut, bila pulas, bengkak bengkok besi tu tapi lug nut tak longgar langsung. Tu yang kena beli cross wrench ni pulak, lebih kuat besi dia, ada 4 saiz, boleh buka tayar lori terus 😯.

Satu lagi, ventilated disc brake yang dah upgrade tu, diameter dia lebih besar daripada solid disc yang asal, jadi spare tyre tak dapat nak pasang kat depan. Bila buat tyre rotation ni, spare tyre kena letak kat belakang dulu, kemudian baru mula alihkan tayar belakang ke depan & depan ke belakang.

Rim kat belakang ni agak sendat nak dipasang, mungkin banyak kotoran atau karat, agak lama jugak kena pulas lug nut tu satu persatu hingga rim betul² masuk ke wheel hub, basah baju berpeluh² pulas sekejap dengan tangan, sekejap guna batang besi sebagai extension, cukup exercise hari tu 😅.

Lepas semua rim dah pasang, pergi pam tayar kat Petronas. Semasa guna rim besi 12”, saya pam sehingga 35 PSI, untuk rim 14” ni, saya pam hingga 34 PSI saja pun nampak dah cukup.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2020/12/dah-cuci-kotor-balik-%f0%9f%98%85/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2020/10/buat-tyre-rotation-lagi-dah-lebih-10000-km/
⁽³⁾ https://azwan082.my/2021/02/semalam-ikut-evo-drive-ke-borneo-highland-resort-guna-viva-jak/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/356565379246611/

Tulis komen: