Kali ni bateri kereta tahan dekat 3 tahun
Ahad, 24 Oktober 2021, 9:50 pm0
Bila tengok balik resit, #bateri #kereta #vivaturbo ni last tukar bulan 12 2018, sekarang dah kira 2 tahun 10 bulan dah. Start awal bulan ni volt bateri dah mula lemah. Tapi masih dapat guna lagi, bila nak start kereta, guna powerbank jump starter ⁽¹⁾. Bila tak bawa kereta 3 hari lebih, dah tak dapat start lagi, kena guna jump start.
Semakin hari, semakin cepat cas bateri ni turun, selepas satu malam pun tak dapat lagi start. Hinggalah semalam, bila berhenti sekejap kat Mydin, bila nak start balik kereta, dah tak dapat lagi, kena sentiasa guna powerbank jump starter. Dah tak dapat tunggu bulan baru lagi, kena tukar waktu tu jugak.
Bila dah beli bateri baru kat kedai, ada cerita lain pulak. Lepas mekanik pasang bateri baru, bila nak start, tak nak start pulak. Dia cuba jump start guna bateri lain yang lagi besar, tak dapat. Tukar² gear ke N, tak dapat. Cuba guna remote unlock kereta, pun tak dapat.
Sekali tengok ada wayar yang tercabut di tepi bateri. Sambung balik, baru dapat start.
Nervous!
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/08/powerbank-untuk-jump-start-kereta/
Taman Hokkien MBKS, dalam album panorama 360
25 Oktober 2021
23 Oktober 2021