Tuai sawi hidroponik, masak dengan megi goreng
Sebelum ni saya ingat ini sayur ensabi ⁽¹⁾, tapi rupanya sawi pahit 😅. 7 minggu lepas membesar dalam #kebun #hidroponik kratky, tadi dah dituai & masak dalam megi goreng.
Sebelum ni saya ingat ini sayur ensabi ⁽¹⁾, tapi rupanya sawi pahit 😅. 7 minggu lepas membesar dalam #kebun #hidroponik kratky, tadi dah dituai & masak dalam megi goreng.
Jawapan: Si Warak 😅.
Rasanya belum pernah lagi saya jumpa telur dengan dua kuning (yolk) macam ni. Kalau telur ni jadi anak #ayam, agaknya jadi ayam kembar ke macam mana? 😅
Kalau ada beli takoyaki atau okonomiyaki kat Aeon Mall, kat atas hidangan tersebut ada ditabur benda macam kepingan plastik tapi bau ikan kering, itulah bonito.
Dakwat kekal yang SPR guna untuk tandakan jari pengundi ni nampak macam cat dari spray can. Semasa dicelup, dapat rasa sejuk², tandanya mengandungi alkohol yang cepat meruap supaya cat cepat kering.
Kesemua sayur sawi tumbuh sihat, mungkin yang satu tu saja sedikit terbantut. Saya nak tunggu seminggu lebih lagi, baru tuai & masak bersama megi goreng 😁.
Ini dompet lama, well-used 😌.
Krismas tahun lalu saya ada pergi roadtrip ke Miri, malam sebelum bertolak tiba² #Macbook Pro rosak tak dapat start ⁽¹⁾. Jadi dah setahun jugak la #laptop tu tak start. Baru sekarang teringat masih ada SSD kat dalam, masih dapat guna untuk extra storage.
Ini megi kari dengan telur versi orang Korea punya selera.