Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Cara nak mengundi pilihanraya

269315302_439578870945261_660579124698186818_n.jpg

Sabtu, 18 Disember 2021, 1:50 pm0

1. Install & buka app MySPRSemak, semak daftar pengundi untuk dapatkan lokasi pusat mengundi, nombor saluran, nombor bilangan & masa cadangan untuk keluar mengundi.

2. Pergi ke pusat mengundi, jangan lupa bawa kad pengenalan, pen & payung, sebab hari hujan. Waktu saya nak gerak, hujan dah lebat, tapi bila dah sampai kat sekolah STAR, kebetulan hujan berhenti seketika sampai saya keluar, nasib baik. Bila balik rumah, hujan pun lebat balik 😅.

3. Ikut laluan disediakan kat pusat mengundi. Mula² kena scan suhu & MySejahtera. Pastu petugas akan semak nombor bilangan & memberi kertas giliran. Pergi ke bilik darjah mengikut nombor saluran yang ditetapkan.

4. Kat bilik saluran, petugas akan semak kad pengenalan & nombor bilangan, pastu dia umum nama kat semua orang yang ada dalam bilik darjah tu.

📣 Mengumumkan ketibaan, yang berhormat…

😆

Kemudian petugas lain akan celupkan jari telunjuk kiri anda ke dalam dakwat kekal & beri kertas undi.

5. Kat meja mengundi dah disediakan pen, tapi baik lagi guna pen sendiri. Dah berapa ramai orang lain yang sentuh pen tu tadi, dah la sekarang ada risiko Covid Omicron.

Kat kertas undi, kenal pasti calon parti lanun. Reject calon tersebut & pangkah calon parti lain 😂.

6. Bila dah sudah, bolehlah keluar balik. Kalau sesat, tanya petugas yang ada, mereka akan tunjuk jalan. Pastu jangan lupa ambil gambar jari & post ke socmed.

P.s: balik rumah, cabut bendera kempen kat tepi jalan, buat kain lap 🤪.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/439578897611925/

Tulis komen: