Amanat tahun baru 2022 oleh si nuning
Sabtu, 1 Januari 2022, 12:50 pm0
Si nuning #emau kata:
Tak nak kena kurung, nak keluar jalan² ke rumah seberang, pastu gaduh² dengan kucing jiran, lawan suara siapa lagi kuat.
: Bila balik rumah, muka & badan habis luka², pastu start gatal² kena jangkit penyakit kulit dari kucing luar.
Si nuning kata lagi:
Tak nak makan keropok, nak makan isi ikan & ayam.
: Dah boring tu makan dry food dari jenama yang sama, bau sedap dari makanan tu pun dah tak menyelerakan lagi. Nak kena tukar ke wet food atau brand lain sekali-sekala ni – Smart Heart, Purina, Royal Canin, asalkan bukan Pedigree.
Akhir sekali si nuning kata:
Tak kata apa², tapi datang dekat² pastu gosok² kepala dia yang banyak keruping bekas luka kat kaki orang.
: Nak dimandikan, hari selalu hujan. Bila dimandikan, habis tangan kita bergaris kena cakar kuku. Bila nak letak ubat kat luka, selalu lari bila cium bau ubat. Tak dapat nak dicantikkan lagi bulu si nuning ni.
—
Apa resolusi tahun baru anda? Saya 4K.
Biskut coklat premium zaman budak² dulu
2 Januari 2022
Tuai sawi hidroponik, masak dengan megi goreng
31 Disember 2021