Nak cuba buat pansuh tapi jadi egg tart 

Isnin, 3 Januari 2022, 10:05 pm
Ini aktiviti kat #kebun waktu cuti tahun baru. Idea asal saya & kakak saya ialah masak apaยฒ saja dalam buluh.
Mulaยฒ ambil buluh. Ada buluh tua & buluh muda. Buluh muda bagus kalau nak masak pansuh atau lemang, sebab tak mudah terbakar. Saya belah buluh tua untuk dijadikan seperti pinggan / periuk untuk memasak.
Waktu ke pasar kat #Serian, tak ada idea sangat nak beli apa sebab dah singgah KFC. Hanya ada beli telur & sosej saja. Hanya guna bahanยฒ yang ada, buatlah jadi macam omelette yang dimasak atas pinggan buluh.
Bila masak guna buluh atas kayu api #bushcraft, saya dapati lebih baik guna api menyala yang besar, supaya haba panas cepat sampai ke masakan dalam buluh. Kalau guna bara api, lebih sesuai untuk BBQ, daging masak direct atas api.
Hasilnya, #makan rasa telur goreng dengan sosej, agak tawar sebab tak letak garam, hanya bergantung pada sosej untuk tambah rasa. Kalau ada tambah gula, tepung kastad & esen vanilla, mungkin dah boleh jadi egg tart ni .
Nah video pembikinan #resipi hantamsajala:
@azwan082_my Nak cuba buat pansuh tapi jadi egg tart
. #kebun #Serian #bushcraft #makan #resipi
Sebelum bawa Tesla, kena mulakan dengan motosikal elektrik
4 Januari 2022
Biskut coklat premium zaman budakยฒ dulu
2 Januari 2022