Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Nak cuba buat pansuh tapi jadi egg tart 😂

271207603_449512229951925_7553909926504119058_n.jpg

Isnin, 3 Januari 2022, 10:05 pm0

Ini aktiviti kat waktu cuti tahun baru. Idea asal saya & kakak saya ialah masak apa² saja dalam buluh.

Mula² ambil buluh. Ada buluh tua & buluh muda. Buluh muda bagus kalau nak masak pansuh atau lemang, sebab tak mudah terbakar. Saya belah buluh tua untuk dijadikan seperti pinggan / periuk untuk memasak.

Waktu ke pasar kat , tak ada idea sangat nak beli apa sebab dah singgah KFC. Hanya ada beli telur & sosej saja. Hanya guna bahan² yang ada, buatlah jadi macam omelette yang dimasak atas pinggan buluh.

Bila masak guna buluh atas kayu api , saya dapati lebih baik guna api menyala yang besar, supaya haba panas cepat sampai ke masakan dalam buluh. Kalau guna bara api, lebih sesuai untuk BBQ, daging masak direct atas api.

Hasilnya, rasa telur goreng dengan sosej, agak tawar sebab tak letak garam, hanya bergantung pada sosej untuk tambah rasa. Kalau ada tambah gula, tepung kastad & esen vanilla, mungkin dah boleh jadi egg tart ni 😅.

Nah video pembikinan hantamsajala:

@azwan082_my

Nak cuba buat pansuh tapi jadi egg tart 😂. #kebun #Serian #bushcraft #makan #resipi

♬ original sound – azwan082_my – azwan082_my

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/449512246618590/

Tulis komen: