Bisnis makanan kucing halal tak menang
Jumaat, 11 Mac 2022, 8:50 pm0
Pagi tadi dah diumumkan di #radio pemenang Usahawan Buletin FM, dengan idea bisnes premix kek pasti sedap. Ini bidang buat kek, baking ni saya belum cuba lagi, tak dapat nak komen banyak, dan saya tak berapa beri perhatian kepada maklum balas juri.
Satu lagi bisnes yang bertanding merebut juara ialah bisnes makanan kucing yang halal. Bukan nak bagi kucing makan halal, tapi nak bagi pengendali makanan kucing tu yakin dengan tahap kebersihan makanan #emau tu.
Antara komen juri yang saya dapat tangkap, ialah menggunakan status halal sebagai selling point adalah tidak berapa bagus untuk bisnes, khususnya kategori makanan kucing. Antara sebabnya ialah kategori ini dah banyak pengeluar, lebih² lagi yang dah terkenal jenama & saiz pengeluaran yang besar. Kalau mereka lihat ada permintaan tinggi untuk makanan kucing yang halal, bila² masa mereka dapat apply pensijilan halal & mengubahsuai proses pengeluaran mereka untuk menguasai pasaran tersebut. Peniaga yang baru nak masuk tak dapat nak lawan.
Lagi satu, pasaran makanan kucing halal ni adalah pasaran khusus (niche market), hanya yang bela kucing & orang Muslim saja yang berpotensi menjadi pembeli. Saiz pasaran pun kecil, kalau nak dibandingkan dengan memasukkan sekali pembela kucing yang bukan Muslim.
—
Semasa berjalan kaki balik dari ofis ke kereta, saya selalu limpas pasar basah Bayan Baru, dan tengok banyak kucing kat sana. Teringat pasal idea bisnes kat Buletin FM, sambil driving balik, saya terfikir pasal satu idea produk, bukan idea bisnes, berkenaan makanan kucing jugak.
Ideanya datang dari mesin Nespresso. Kalau nak buat kopi, serbuk kopi dijual dalam bekas plastik yang dipanggil kapsul. Masukkan kapsul ni dalam mesin Nespresso, tekan start, lalu keluar air kopi, siap.
Ada tak mesin untuk beri makanan kucing, yang mana makanan tersebut disimpan dalam kapsul? Yang membuatkan produk mesin beri makanan kucing ini lain, ialah ia menghidangkan wet food kepada kucing, kebanyakan mesin beri biskut kering kucing tu saja. Sebab tu packaging untuk makanan kucing untuk mesin ini disimpan dalam kapsul. Dan pada waktu² yang dah ditetapkan, makanan dalam kapsul itu akan dikeluarkan untuk diberikan kepada kucing.
Ataupun produk ini datang sekali dengan acuan sama saiz dengan kapsul, supaya pemilik kucing boleh buat sendiri makanan dan dibekukan menggunakan agar², nanti hanya perlu simpan dalam mesin & akan diberi kepada kucing mengikut jadual.
Satu lagi, kalau ada mesin beri makanan kucing ini yang dapat disambung dengan paip atau hos, untuk menyediakan air minuman untuk kucing. Ataupun untuk membilas mangkuk makanan kucing secara automatik.
Yang pentingnya, produk ini mengutamakan compatibility. Compatible dari segi kapsul, mana² pengeluar dapat mengeluarkan makanan kucing dalam saiz kapsul yang dah standard dapat digunakan untuk mesin ini. Dan juga dari segi hos atau paip untuk disambungkan dengan mesin, mestilah saiz standard, supaya senang guna semula sistem perpaipan yang sedia ada.
Kalau idea ni ok, tahun depan join Usahawan Buletin FM pulak .
Video – https://youtu.be/2fIGFbvBllo