Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Ini kemenangan yang pertama! + keputusan perlawanan ke-6 Liga Super 2022

279251049_517921719777642_846680054153864311_n.jpg
279287590_517921746444306_3697357481581870156_n.jpg

Isnin, 25 April 2022, 9:55 pm0

*PJ City vs Sarawak Utd*

Dengar khabar jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon ada dalam stadium bagi menilai persembahan pemain tempatan. Lalu bagus Sarawak main, sebab padang cantik, kata Sathianathan ⁽¹⁾.

Dari minit pertama, lontaran ke dalam Sarawak Utd oleh Amir Saidin menghampiri pintu gol PJ City tapi Gonzalo Soto tak tanduk tepat ketika pintu gol dah terbuka luas.

Minit ke-19, Francis Kone dijatuhkan dalam kotak penalti & sepakan penalti diambil oleh Boris Kok, tapi sepakannya lemah dapat ditepis Kalamullah.

2 minit kemudian, sambungan daripada sepakan sudut, Khairul Anwar Zamri membuat hantaran lintang & berjaya ditanduk oleh Boris Kok untuk gol pertama, menebus kegagalan sepakan penalti tadi.

Keeper Sarawak Utd, Sharbinee Allawee dilihat banyak kali jauh meninggalkan tiang gol untuk mengeluarkan bola, hampir berlari ke tengah padang 😱.

Awal separuh masa ke-2, hantaran lintang oleh Nur Syamie Iszuan berjaya menemui Francis Kone untuk menanduk masuk gol ke-2.

PJ City sedikit demi sedikit meningkatkan serangan, dan hasilnya pada minit ke-73, Darren Lok dalam kotak penalti menghantar balik kepada Kogileswaran untuk merembat bola terkena bek Sarawak untuk gol pertama PJ City.

Minit ke-84 Sarawak Utd dapat penalti lagi selepas tackle ke atas Lee Chang Hoon & penalti disempurnakan oleh Francis Kone.

Ini kemenangan pertama Sarawak Utd & juga bagi Sri Pahang dalam liga musim ini.

Sabah vs Kedah

Perlawanan ini menjadi sebutan ramai, sebab hatrik Amri Yahyah. Penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal mengalami kecederaan hamstring kiri di penghujung separuh masa pertama, namun masih mampu menepis banyak percubaan Sabah, untuk kedudukan terikat 0-0.

Di separuh masa kedua, Amri Yahyah menjaringkan gol setiap 10 minit, pada minit ke-51, 61 dan 71. Gol ke-3 Amri menerusi bola lambung (chip) yang menarik melepasi penjaga gol gantian Kedah.

Gol ke-2 Sabah terhasil daripada sepakan percuma Park Tae Su pada minit ke-55. 2 minit sebelumnya Sabah mendapat sepakan penalti tapi gagal diselamatkan Baddrol Bahtiar. Ada cerita mengatakan Baddrol tak skor sebab nak hormati pasukan lamanya.

JDT di ACL

18/4, JDT mengejutkan pendahulu liga Korea, Ulsan Hyundai FC dengan kemenangan 2-1.
21/4, JDT mengikat kelab nombor 1 Asia, Kawasaki Frontale dengan kedudukan 0-0

Dengan jadual perlawanan yang padat, ramai pemain JDT keletihan & Benjamin Mora menurunkan kesebelasan kedua pada perlawanan timbal balik bertemu Kawasaki Frontale.

24/4, Kawasaki Frontale membenam JDT dengan jaringan 5-0.

Dengan hanya melihat pada keputusan, ada yang mempertikai keputusan Mora & ada juga mentertawakan pasukan JDT. Waktu mereka mengikat Kawasaki Frontale bukan main lagi cerita Malaysia ada kelab berstatus tinggi Asia. Bila kalah lalu semua cari salah & menuding jari. Masih lemah lagi mentaliti penonton bola Malaysia ni.

Keputusan

22/4
Terengganu 2 – 0 Selangor

23/4
Sri Pahang 3 – 1 Penang
PJ City 1 – 3 Sarawak Utd

24/4
Sabah 4 – 0 Kedah
N Sembilan 2 – 1 KL City

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT44001211112
Sabah ↑1640294512
Kedah ↓16402811-312
N Sembilan532095411
KL City62131011-17
PJ City6213810-27
Terengganu ↑342025506
Selangor ↓141219815
Sri Pahang ↑241125504
Melaka Utd ↓2511336-34
Sarawak Utd ↑16114412-84
Penang ↓3603359-43

⁽¹⁾ https://semuanyabola.com/orang-suka-cakap-satia-banyak-alasan-sarawak-bermain-baik-dan-menang-kerana-padang-cantik-di-mbpj/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/517921783110969/

Tulis komen: