Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Petanda hari itu makin dekat

Rabu, 20 April 2022, 8:40 pm0

278979903_514850900084724_137431543079391206_n.jpg
Radio dah mula pasang lagu² tema.
278958466_514850870084727_1988316811721537550_n.jpg
Playlist Spotify pun pasang lagu² sama.
278967160_514850910084723_3133145961619028977_n.jpg
Paling ketara, Kurma Madu Yuta makin susah nak jumpa 😆.

Bulan beberapa tahun ini saya selalu beli Madu Yusuf Taiyoob. Kurma jenis ni yang saiz besar, lembut, lembap & kuat rasa manis. Boleh dijenamakan semula jadi Kurma Gula Yusuf Taiyoob 😁.

Selalu beli seminggu sebelum mula puasa, tapi selalu juga beli sekotak saja. Bila dah nak habis, dalam pertengahan Ramadan, bila pergi ke kedai nak cari lagi sekotak, selalunya dah habis tak ada stok. Rugi pulak rasa tak borong banyak² 😅.

Tapi ada juga baiknya, dapat peluang mencuba jenis kurma Yusuf Taiyoob yang lain. Tahun lalu saya beli yang jenis ada tangkai, tapi tak berapa memuaskan. Terlalu kering, keras & ada yang baunya seperti dah nak jadi tapai. Mungkin stok lama simpan.

Kurma Wasem Yuta ni pula bagus sikit daripada jenis tangkai. Warnanya coklat gelap berbanding kurma madu yang warna hitam. Buahnya agak kering & keras, tapi masih ok berbanding jenis bertangkai tu. Bila , ada rasa macam makan buah plum 😋.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/514850950084719/

Tulis komen: