Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Sekian lama tak menghirup kopi McD

279620320_522225342680613_2670321187762070639_n.jpg
279713939_522225372680610_1041189393023145526_n.jpg

Isnin, 2 Mei 2022, 7:45 pm0

Hari pertama, ingat nak jalan² kat pantai di Batu Ferringhi, tapi separuh jalan dari Ayer Itam, hujan turun dengan lebat sampai susah nak tengok jalan. Ditambah lagi dengan jalan jem, orang lain pun mesti plan sama nak ke pantai. Jalan kat area Tanjung Tokong tenggelam kena banjir kilat.

Lalu singgah sekejap kat Lotus’s Tanjung Pinang, nak cari & melepas. Sebahagian kawasan parking tingkat bawah ditutup sebab ada Big Bad Wolf, karnival jualan buku. Terpaksa parking kat tingkat satu.

Dengan hari yang sejuk kehujanan & ada McD di tingkap bawah, saya ambil kesempatan ini dengan meng-order McChicken dengan Arabika McD. Kemudian duduk makan & hirup kopi panas dalam kereta ☕.

Bila tengok cawan kopi McD ni, teringat dulu² selalu kopi McD — cawan, gula, krimer & pengacau dah lain. Sekarang sachet gula dah guna jenis memanjang macam dalam gambar & pengacau dah ditukar jenis kayu. Dulu sachet jenis segi empat kecil, sama macam sachet krimer (tak ada dalam gambar) & pengacau jenis plastik yang macam straw dileperkan.

Walau bagaimanapun, rasa masih tetap sama 👍.

Lepas lunch McD, tengok kat Google Map, jalan kat Batu Feringghi merah semua, tukar plan, nak pergi ke Karpal Singh Drive pulak, tengok tepi laut. Tapi sangkut kat jalan jem di tengah Georgetown, dengan drive kereta manual, akai parai 🤕!

Sampai² di Karpal Singh Drive, hari masih hujan, tengok dari luar jak lah (gambar ke-2) 🌧.

Hari dah petang sikit, jalan jauh lagi ke Pulau Betong. Jalan dekat area dekat Teluk Kumbar pula jem. Cukup eksesais kaki kiri hari ni 😅.

Sampai kat Pantai Pasir Panjang dekat Kem Wawasan Negara Balik Pulau, tengok² air pasang dalam, seluruh pantai tenggelam.

Nampaknya takda rezeki nak tengok pantai hari ni. Esok tengok kalau cuaca bagus, nak cuba pergi hiking la pulak 💪.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/522225389347275/

Tulis komen: