Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Pemandangan dari seberang Empangan Teluk Bahang

Rabu, 4 Mei 2022, 10:30 pm0

279957867_523746392528508_5855061366445329720_n.jpg
Nampak rendah paras air kat empangan ni.

Hari ke-3, sambung jalan² berayau hingga ke Batu Ferringhi. Seperti biasa jem. Saya dapati kenderaan berbaris panjang disebabkan lampu trafik dekat Petronas Batu Ferringhi. Kalau dibuat flyover kan bagus 😅.

Tak jumpa tempat berkenan untuk berhenti, saya tak berapa suka tempat terlalu sesak ramai orang & kereta. Tu yang terus jalan sampai Teluk Bahang, naik ke kawasan empangan. Dah lama tak ke sini.

280114247_523746469195167_2929360220580892260_n.jpg
Pemandangan dari laluan merentas empangan.
280035267_523746539195160_2308418957533913730_n.jpg
Nampak Escape Penang di sebelah kiri & Entopia Butterfly Farm kat kanan.

Saya sampai dalam pukul 2.30 petang, tak ramai orang, sebab cuaca yang berbahang kat Teluk Bahang ni. Jalan kaki eksesais merentas empangan sampai ke bahagian seberang.

Dulu saya tak berapa ingat kalau kawasan seberang ni ditutup atau tidak, sebab rasanya tak pernah jejak lagi sampai ke kawasan tandas awam & tempat simpan kayak.

279966048_523746549195159_169957440683801545_n.jpg
Bersusun kayak milik kementerian pelancongan.

Tandas awam di sini buka, cuma disebabkan tempatnya yang jauh, rasa agak angker nak melepas kat sini. Dah la sunyi takda orang langsung di sekitar 👻.

280033337_523746602528487_7500838515560648061_n.jpg
Di tepi tempat parking kayak ni, ada patung naga & statue of liberty 😲.

Di kawasan seberang empangan Teluk Bahang pun ada juga pondok atau gazebo, tempat untuk duduk² ambil angin & bergambar.

280098973_523746645861816_3031583919652439886_n.jpg
Ada peta seluruh kawasan empangan
279973912_523746665861814_8401758637729195586_n.jpg
Rupa²nya empangan ini dirasmikan oleh Pak Lah semasa jadi timbalan PM tahun 1999 dulu, lepas Anwar kena pecat 🫢.

Balik rumah, lengan & leher habis sunburn 🥵.

P.s: raya ke-2 semalam tak ke mana², hanya siapkan website si kucing² sekalian. Kalau suka kucing, pergi ke https://oh.tucingku.com 🐈.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/523746732528474/

Pingback: Berjalan-jalan di tepi empangan (Mengkuang Dam)

Tulis komen: