Mac & cheese segera Prego

Sabtu, 4 Jun 2022, 9:50 pm296

3 tahun lalu saya ada tulis ⁽¹⁾ pasal sos mac & cheese Prego waktu ia mula dikeluarkan. Terkini Prego ada keluarkan produk baru, mac & cheese segera, sama macam mi segera.

285332083_544145220488625_3849621433790620366_n.jpg
Mac & cheese segera Prego.

Dalam packaging ada pasta kering & serbuk perasa. Cuma renih dalam air mendidih selama 3 minit. Tapi saya letak terlebih air, jadi kena rebus lama lagi, dalam 5-7 minit, sehingga air rebusan pasta jadi pekat.

284885315_544145240488623_1968842885674503618_n.jpg
Mac & cheese dengan isi tuna & seaweed Taokaenoi.

Walau bagaimanapun, hasilnya sos pasta yang terlalu cair, macam air sup, bukan macam sos. Rasa keju macam kat keropok Golden Ring tu pun kurang, kenalah dengan ‘garnish’ 😆.

284073747_544145230488624_7337179667696294007_n.jpg
Lama tak main .

Hujung minggu yang panjang, Isnin nanti cuti birthday Agong, dapat rilek main . Sekarang saya selalu tinggal kat ofis, guna untuk kerja. Kalau ada hari cuti, barulah saya bawa balik laptop tu, untuk main game kat rumah 😁.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2019/10/merasai-mac-n-cheese-prego/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/544145310488616/

Tulis komen: