Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Mencuba menu Jepun kat kedai FamilyMart

Isnin, 12 September 2022, 9:50 pm0

306823441_745837946583120_4552574004945803503_n.jpg
Tiga menu nasi. Minuman yogurt tu untuk kesihatan usus, dan untuk kurangkan rasa pedas di lidah 🥵.
306357623_745838436583071_8602920923302332721_n.jpg
Katsu Curry Donburi.

Katsu merupakan masakan goreng bersalut serbuk roti (breadcrumb). Dalam menu ini, isi ayam yang digunakan sebagai katsu. Kemudian dituang kuah kari di atasnya & sedikit potongan lobak merah dan kentang.

Rasa kari Jepun ni sama macam kari roux yang saya buat tahun lalu ⁽¹⁾. Tak pedas, hanya sedikit rasa hangat kunyit, dan lebih kepada rasa manis.

Nasinya pula menggunakan nasi . Mungkin beras sushi ni tak jauh spesisnya dengan beras pulut, sebab ada sedikit aroma beras pulut & tekstur nasi sushi pun melekat².

306800848_745838469916401_8376434009317686092_n.jpg
Diced Chicken Loaf Chahan.

Chahan ialah nasi goreng biasa, dengan ditambah pelbagai ramuan seperti chicken loaf (isi ayam diproses), telur dan sayur tiga sekawan (lobak merah, kacang pis & jagung).

Tiada yang istimewa, cuma ia dimasak dengan cukup sempurna. Nasinya masih berbutir, tak melekat, dan cukup rasa masin. Kalau bagi Uncle Roger review nasi ni, mungkin dia tak approve sebab dia tak suka sayur, haiyaa! 😅

305274425_745838473249734_597551250068974473_n.jpg
Ebi Chilli Bento

Ebi chilli ialah udang goreng tumis (stir-fry) masak pedas. Sekian lama tak seafood, tiba² teringin nak cuba udang ni, nasib baik tak gout 😆.

Kuah dia sedap, cuma agak pedas. Hangat jugak rasa dalam perut lepas makan. Rasa udang & telur goreng semua cukup rasa, tak ada yang terlebih.

Cuma udang tu saya rasa macam agak kurang masak, masih sedikit kenyal. Mungkin itu memang gaya masakannya, ataupun saya dah terbiasa makan udang yang masak sepenuhnya.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/09/resipi-pan-seared-salmon-dengan-sayur-kuah-kari-jepun/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/745838513249730/

Tulis komen: