Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Hasil tuaian di strawberry farm Gunung Jerai

Rabu, 30 November 2022, 1:35 pm0

316241006_803820227451558_5003042472977257162_n.jpg
Coklat & air sparkling .

Snek strawberry celup coklat ni, rasa coklat dia sedap, cukup padan rasa koko & rasa manis. Cuma strawberry tu dah diproses jadi kering, tak terasa sangat ada strawberry kat dalam coklat tu. Bila kunyah, kat tengah dia rasa rangup. Rasa macam biskut coklat Tora tu pun ada 😅.

Air sparkling strawberry pula ok, ada sikit rasa masam strawberry, tapi kuat manis, macam pati sirap. Di dalam air botol ada diletakkan daun, nampak seperti daun pudina. Disebabkan airnya bergas, ada rasa macam air Sprite ataupun 7-up.

315715111_803820187451562_6521884432027587616_n.jpg
Strawberry Farm di Gunung Jerai.

Kedua² snek & minuman berasaskan strawberry ini saya beli kat Strawberry Farm di puncak Gunung Jerai, . Ia sebahagian daripada Jerai Hill Resort.

Boleh la sejuk kat sini, nyaman. Kena terik matahari masih boleh rasa panas. Air kat sinki tandas pun macam keluar dari peti sejuk 😆.

316820630_803820290784885_3714363603942804729_n.jpg
Kaedah penanaman secara fertigasi.

Tapi pasu² tu diletakkan atas NFT channel, mungkin asalnya guna cara hidroponik.

315953017_803820270784887_7457310001505192219_n.jpg
Pokok strawberry juga dijual.

Tarikan utama pengunjung di sini pada pengamatan saya ialah ais krim strawberry. Ada tempat duduk anjung tinjau disediakan untuk menikmati makanan yang dibeli di sini, sambil melihat pemandangan sawah padi di bawah.

Tapi waktu saya ke sini, cuaca berkabus, tak nampak apa kat bawah.

316947998_803820214118226_8992156310167003459_n.jpg
Selain strawberry, juga ditanam mint (pudina).

Ada juga tumbuhan lain ditanam di sekitar ladang strawberry ini tapi saya tak berapa kelala 🧐.

Cuaca semasa saya ke sini cerah dengan berkabus. Cahaya matahari tidak menyinar terus, jadi suhu agak rendah tapi nyaman. Namun saya perhati mungkin sinaran UV tinggi sebab cermin mata photochromic saya jadi gelap.

317501636_803820280784886_1888362161631928802_n.jpg
Mesti bergambar ni.

Jalan menuju ke puncak Gunung Jerai ni agak sempit, dan banyak liku tajam. Nasib baik saya datang cuaca cerah. Kalau hujan memang tak digalakkan datang sini, jalan nampak licin & curam.

Tambahan pula ada banyak munyit 🐒 melepak di tengah jalan, hati².

Terjadi sedikit traffic jam di satu bahagian sempit di laluan ini, di mana saya cuba bagi lebih ruang kepada kereta yang nak naik ke atas, tapi rim tayar bergesel dengan tebing jalan, dan bila dah balik saya check baru perasan satu wheel center cap dah tertanggal 😫.

Bagi pengunjung yang tidak menginap di Jerai Hill Resort, kena park kereta di luar, kemudian berjalan kaki masuk ke kawasan resort & ladang strawberry. Ada beberapa kedai makan & cafe di sini, bagus untuk santai² sambil menikmati persekitaran sejuk nyaman.

Bagi yang menginap, boleh park kereta di dalam kawasan resort. Di tepi tempat parking tu ada tapak campsite. Boleh ni, nanti cuba kat sini, tengok menggeletar tak awal pagi 🥶.

P.s: dalam perjalanan ke Gunung Jerai, ada juga terlihat ladang strawberry di tepi jalan, mesti tanam strawberry jenis lowland. Nanti check Google Map, nak singgah ke sana lepas ni 🤓.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/803820340784880/

Pingback: Pergi memburu strawberry lagi

Tulis komen: