Kuih dorayaki ni macam waffle rupanya

316539207_808818640285050_7082007371761460192_n.jpg
317085235_808818666951714_3591987023440444060_n.jpg

Selasa, 6 Disember 2022, 1:40 pm323

Terdiri daripada dua keping kuih dengan inti di tengah²nya. Yang ini inti coklat mentega kacang, dari kedai Family Mart.

Mungkin resipi pembekal untuk buat kepingan kuih dorayaki ni sama dengan adunan untuk buat waffle ataupun pancake. Rasanya sama, cuma tak ada kerak rangup pada waffle tu.

Bila sebut pasal kuih dorayaki, mesti teringat kartun Doraemon. Salah satu episod Doraemon pasal dorayaki yang paling saya ingat ialah cecair pengganda (duplicate).

Doraemon sangat suka makan kuih dorayaki. Dia pening sebab kuih hanya ada sebiji & nak dikongsikan dengan Nobita. Sebab tu dia ambil cecair istimewa tu dari poketnya, dan menitiskan pada kuih dorayaki, supaya kuih tu berganda.

Kalau tak silap, dalam setiap 5 minit akan berganda. Sebiji kuih akan jadi dua, dua jadi empat, empat jadi 8, pastu 16, 32, 64, 128, dan seterusnya. Begitulah jumlah benda yang telah dititiskan dengan cecair istimewa itu akan berganda secara exponential.

Lepas kuih dorayaki dah jadi empat biji, masing² makan sebiji. Bila dah kenyang, Doraemon habiskan kuih bahagian dia. Nobita pulak buat hal dengan tidak menghabiskan kuih dorayaki selepas dinasihati Doraemon. Dah namanya Nobita.

Dia tunggu supaya kuih tu berganda, baru dia makan satu, dan biar yang satu berganda lagi. Macam tu lah berulang², kononnya nak unlimited supply, sampailah dia tak larat nak makan lagi.

Dia buang lebihan kuih dorayaki yang tak habis dimakan ke tong sampah belakang rumahnya. Doraemon dapat tahu, lalu mereka pergi check belakang rumah, tengok dah bertimbun menggunung kuih dorayaki.

Siapa lagi yang tahu episod ini? Nak tahu macam mana jalan penyelesaian yang Doraemon buat? 🚀

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/808818686951712/

Tulis komen:

json_bourne(2016);

5 Disember 2022