Beli juadah berbuka mesti nak yang premium

Jumaat, 23 April 2021, 12:00 pm0

174147203_290966832473133_5249459875633395718_n.jpg

① – Dalam pukul 5 lebih, waktu orang ramai balik kerja & mengerumuni gerai² tepi jalan untuk membeli juadah berbuka, dalam Emart Tabuan kurang orang. Bagus juga sebab dapat memilih kuih-muih yang dihasilkan oleh Edmund’s Homemade ⁽¹⁾ tanpa bersesak.

Edmund’s Homemade merupakan syarikat tempatan Sarawak yang menghasilkan kuih-muih tradisional, ataupun nyonya, termasuk kek lapis Sarawak. Yang menariknya, walaupun mereka menjual kuih-muih biasa yang boleh juga didapati di gerai² luar, tapi packaging produk mereka membuatkan ia nampak lebih premium & nampak lebih sedap 😅.

Saya pilih kuih penyaram ini, sebab kegemaran saya & lama dah tak kuih ini. Rasa & tekstur kuihnya cukup elok, seimbang di semua aspek. Kalau nak dibandingkan kuih penyaram lain, ada yang terlalu liat, ada yang tak cukup rasa atau manis sangat, ada juga yang rangup (hangus) di hujung sisi kuih. Yang Edmund’s Homemade buat ni, saya puas hati 👍.

Selain daripada kuih penyaram, ada juga kuih² lain, boleh tengok senarainya kat website Edmund’s Homemade ⁽²⁾. Esok lusa nak cuba yang lain pulak, angku kuih tu pun nampak sedap 😋.

175937551_290966825806467_6476287295044589917_n.jpg

② – Melihat bumbung langit sambil buka kat Piazza .

⁽¹⁾ https://www.edmundshomemade.com
⁽²⁾ https://www.edmundshomemade.com/menus

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/290966872473129/

Pingback: Mencuba kuih angku & pulut panggang Edmund’s Homemade

Tulis komen: