Ini baru ngam, ramen + pes oden Adabi
Ahad, 8 Januari 2023, 2:55 pm
Berbanding eksperimen lalu menggunakan sos pedas untuk ayam goreng ⁽¹⁾, jadinya terlalu pedas.

Pes tomyam lebih kuat rasa pedas hangat daripada serai. Juga lebih berasa masam limau & pesnya nampak lebih berminyak.
Pes kimchi pula kurang pedas, lebih kepada rasa manis. Ada aroma seperti pes nasi goreng Adabi, terutamanya ada bau udang/belacan. Warnanya juga lebih kemerahan, tak berapa berminyak.
Mi udon lebih tebal daripada ramen, sesuai untuk digunakan dalam laksa. Teksturnya lebih kenyal, tak kembang lepas direbus lama², berbanding ramen yang jadi lembut bila direbus lama.

Kalau tak tambah ayam, hanya perlu panaskan air dalam periuk, bubuh pes oden tomyam & didihkan.
Untuk menu ini, saya didihkan paha ayam dengan bawang putih terlebih dahulu, dalam kira² 5 minit. Lepas tu barulah bubuh pes tomyam.
Kemudian boleh tambah apa² ramuan lain yang dikehendaki. Saya tambah kobis napa & tofu. Seterusnya masukkan mi udon & akhir sekali telur rebus. Biarkan mendidih untuk 3-4 minit lagi, sebelum boleh #makan.
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/10/jangan-abai-label-pedas-kat-paket-tu-%f0%9f%8c%b6/
Sampai patah kerusi tengok bola
9 Januari 2023
Apple pie kat McD Malaysia masih deep-fried
6 Januari 2023