Sampai di hujung selatan Asia

Ahad, 12 Februari 2023, 11:55 am0

Taman Negara Tanjung Piai merupakan titik penghujung daratan paling selatan semenanjung Malaysia, dan juga benua Asia.

Terdapat restoran Kopi Tenggek berdekatan Tanjung Piai, di mana rasa kopi susunya unik rasa kopi kampung, lepas beberapa ketika menyirup kopi tersebut, boleh dapat aroma buah nangka 😅.

Rancangan seterusnya, mencari souvenir jersi JDT di Stadium Sultan Ibrahim, tapi hanya restoran saja yang buka. Kawasan padang ditutup kepada orang awam.

Tune Hotel Danga Bay, tempat penginapan saya, berdekatan dengan Taman Istana Bukit Serene. Singgah sekejap ambil gambar & lihat cahaya warna-warni.

Misi mencari pesisir pantai paling utara & selatan semenanjung Malaysia dah tercapai, masa untuk balik, singgah rehat satu malam di Sitiawan, Perak.

Projek Lawat Utara-Selatan (PLUS) Ep. 3:

▶ https://youtu.be/Y6GY59wSKtA

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/856478532185727/

Pingback: Unboxing set combo kopi tenggek dari Tanjung Piai

Tulis komen: