Balut sendiri handle bar basikal
Sabtu, 18 Mac 2023, 9:55 am0
Ingat nak siapkan dalam 15 ke 20 minit, lepas tu sambung mengayuh selama setengah jam. Rupa²nya semua brake lever & gear shifter tu tak perlu dibuka pun, kena dipasang dulu, baru balut.
Hujung² habis satu setengah jam nak buka pasang balik semua shifter, brake lever & handle bar pada basikal. Jam pun dah tengah malam.
Sebelum ni buat #senaman #workout mengayuh dengan memegang besi kat handle bar, dalam 10 minit tapak tangan pun sakit².
Road bike ni jenis frame besi, lebih berat daripada frame carbon fibre, tapi lebih murah, bawah RM400 ⁽¹⁾ beli 8 bulan lalu.
Cuma besi pengikat handle bar ke basikal tu agak rapuh, dah ada retak sikit bila terlebih kuat diketatkan.
Perlawanan ke-4 Liga Super 2023
17 Mac 2023