Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Berpeknik dengan kambing

Ahad, 7 Mei 2023, 8:50 am0

Sambung berjalan dari Kelantan ke Terengganu.

Lepas berhenti kat Petronas dekat Bachok, jam 10:45, mula bergerak ke Kuala Terengganu, guna pesisir. Saya suka guna jalan ini, walaupun tak nampak laut di sepanjang jalan, namun melintasi kawasan perkampungan, keadaan jalan yang ok, lurus & trafik yang relax. Kurang stress.

Cuaca dari Kota Bharu, pagi yang cerah. Sampai Bachok, hujan lebat. Kemudian semakin bergerak ke arah Besut, cuaca mendung dengan sedikit hujan renyai².

Mendekati kawasan Kampung Penarik, walaupun banyak kenderaan yang nak laju², tapi trafik masih relax & jalan cukup luas untuk kenderaan laju memotong.

45638606-3956-4B54-B948-8C994D03724C-scaled.jpeg
Makan tengahari di Kampung Mangkuk.

Jam 13:45, tapau nasi ayam kat kedai makan yang berderet di bulatan Pantai Penarik. Banyak kedai makan kat sini namanya ada ‘salut tepung’. Dari Kelantan sampai Ganu, pelancong ke tepi pantai ramai cari makanan laut salut tepung rupanya.

56D89A9D-C0DF-4A87-9582-EEA83B63365D-scaled.jpeg
Sambil ambil angin tepi laut, dengar radio live kat Youtube.

Tengah makan, tiba² ada sekeluarga kambing datang jenguk² kalau ada benda dia dapat curi makan. Mula² seekor mak kambing dengan anaknya datang tengok².

Pastu datang kambing jantan (bertanduk) nak curi bungkusan tisu basah kat sebelah kiri meja tu. Mungkin dia nampak warna hijau, ingat benda tu boleh makan. Saya halau mereka, boleh pulak mengembek buat bunyi kesian 😆.

Mujur dalam nasi ayam ada potongan timun yang besar, lontar sebiji kepada kambing tu. Ok lah daripada tak ada langsung beri kambing tu makan sikit. Sekitar kampung Mangkuk ni memang kawasan menternak 🐐 & 🐄.

Saya duduk menghadap laut & kereta kat belakang, terlindung daripada tiupan angin, jadi rasa agak hangat tak kena angin, dalam cuaca tengahari yang berawan tapi masih panas.

1C9D9AE7-4C1D-4AE9-919D-91F45194F14C-scaled.jpeg
Menginap di hotel Oyo tepi kedai Eco @ Gong Datok.

Jam 15:15 check-in & rehat saja kat hotel, lepas driving jauh. Uniknya hotel ni, kat reception tak ada orang jaga, kena call nombor yang ditulis kat kaunter. Nak check-out, letak saja kunci dalam satu peti surat yang disediakan.

Lepas tu, saya dapat bilik di tingkat 2, nak naik tingkat ke-2 ni, tangga dia punyalah curam macam nak panjat gunung 🥴. Bilik katil single, setidak²nya bilik air tidak kongsi macam kat Kelantan 😁.

Di sekitar hotel ini ada kedai makan & kedai runcit kampung. Saya nak rehatkan lepas jalan jauh naik turun gunung, pilih beli megi tomyam & sardin saja. Makan malam sambil tengok bola, kat hotel bajet, makan malam pun bajet 💸.

Kat tempat parking di tepi hotel inilah saya jumpa kereta Nissan Sylvia kacuk ⁽¹⁾.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/05/bukan-untuk-dijual/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/905998937233686/

Tulis komen: