Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Kenapa simpan beras dalam peti sejuk?

2D88D247-5570-496D-A4F2-D36858D18FF1-scaled.jpeg

Rabu, 28 Jun 2023, 5:40 pm0

Mesti kena eksperimen setiap tips yang dijumpai online 😅.

Saya terjumpa beberapa tips ⁽¹⁾ untuk mengelakkan kutu beras, salah satunya ialah dengan meletakkan kayu manis dalam bekas simpanan beras. Ini supaya kutu beras tidak membiak, tapi saya cuba tak menjadi. Tetap juga banyak kutu beras membiak, hanya beras saja jadi wangi, meresap dah bau kayu manis.

Tips seterusnya ialah menyimpan beras dalam peti sejuk, sekurang²nya 3 hari, supaya telur kutu mati. Bulan Mac lalu, bila beras lama dah nak habis, lepas beli sebungkus baru, saya cuba simpan dalam peti sejuk sampai dekat seminggu. Lepas tu baru buka bungkusan & letak beras dalam bekas simpanan plastik.

Sebungkus beras 5kg ni lambat saya habiskan, hampir 3 bulan. Sebab selain nasi, saya masak karbohidrat lain seperti pasta, roti, mi, ataupun makan kat luar.

Setakat ini, apa yang dapat saya simpulkan, tips menyimpan beras dalam peti sejuk ni berjaya melambatkan pembiakan kutu beras. Kalau sebelum ni tak simpan dalam peti sejuk, dalam kurang sebulan dah banyak kutu beras membiak. Sekarang dah hampir 3 bulan, beras pun dah nak habis, baru nampak 2-3 ekor kutu beras muncul.

Untuk bulan ini, saya cuba beli beras jenama lain. Nak test sama ada jenama beras mempengaruhi bilangan kutu beras. Mungkin kilang Faiza Emas lebih bersih, jadi berasnya tak banyak kutu, berbanding beras Cap Rambutan.

Tak best kutu banyak membiak dalam beras. Selain ia membuatkan biji beras jadi ‘kosong’ – dalam biji beras tu jadi serbuk – bila nak masak, ambil masa lama nak cuci & buang kutu tu satu persatu.

🍚

Eh, esok ?! 🕋

⁽¹⁾ https://myresipi.com/7-cara-berkesan-untuk-hilangkan-kutu-beras/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/935957777571135/

Tulis komen: