Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Mencuba mi ramen kentang

Sabtu, 23 September 2023, 8:40 pm0

36B1A99C-F829-4B8F-A360-B2ACE283ED3B.jpeg
Teksturnya kenyal bila panas².

Mi ramen inilah yang saya masak sementara tunggu BBQ semasa camping di Taman Herba ⁽¹⁾. Waktu sup masih panas, mi ini memang kenyal, bila dah sejuk, dah kembang, macam mi biasa dah tak kenyal lagi.

Kalau dilihat pada ramuan mi, diperbuat daripada 49% kanji kentang, 3% serbuk kentang dan selebihnya tepung gandum. Kanji kentang tu barangkali yang beri tekstur kenyal ini. Dan supnya tak pedas macam mi ramen lain. Tu yang saya tambah hirisan cili besar, selain daripada daun bawang, tauge & telur rebus sebagai ‘garnish’ 😅.

FFD8438E-8F47-4E35-8F82-69D2D3C04B91.jpeg
Nasi ayam Giant ada beri sambal.

Sebelum ni hanya dapat sup kosong saja. Walaupun dah separuh harga, tapi masih bagus lagi, tak ada bau nak basi. Sambal tu nampak macam jenis sambal indon, tak pakai belacan, lebih kepada cili & asam. Masam manis pedas tu yang buat tak henti makan 😋.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/09/camping-dalam-hujan-kat-the-treasure-taman-herba-gopeng-utp-homecoming-2023/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/984293406070905/

Tulis komen: