Melihat seluruh Perlis dari anjung tinjau di Wang Kelian Mbappe 😅

Isnin, 27 November 2023, 1:55 pm35

C0EB862A-A7A4-4836-BFE6-D418F2817C77.jpeg
Jalan naik ke bukit Wang Kelian ini mengingatkan saya pada Evo Drive ke Borneo Highland Resort ⁽¹⁾.

Ada parking luas di tepi , bas persiaran pun boleh parking melintang, tapi kena hati² meletakkan kenderaan sebab tak ada penghadang.

Tiket masuk RM2 seorang. Ada dijual souvenir fridge magnet (RM5) & key chain (RM3) kat kaunter tiket masuk.

Kena mendaki sedikit untuk ke kawasan anjung tinjau, tapi ada disediakan electric shuttle untuk bawa pengunjung ke atas. Banyak tempat bergambar & ada gerai makanan di sini.

Waktu saya ke sini, hari dah nak hujan, angin bertiup kuat & dapat lihat awan tebal dah menurunkan hujan di beberapa kawasan di sekitar . Lepas selesai ambil video, dah turun ke kaunter tiket, hujan lebat pun turun, terpaksa tunggu hujan reda sekejap.

Selepas itu saya pergi ke Arked Niaga Wang Kelian yang ada bangunan warna-warni dengan binaan kincir angin ala Eropah.

34B08C8C-5F68-489B-BFC3-5F4457A254D0.jpeg
Hanya ada 2-3 kedai yang buka di sini, sangat lengang tak ada pengunjung.

▶ https://youtu.be/Br0IKUBAwfw

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/02/semalam-ikut-evo-drive-ke-borneo-highland-resort-guna-viva-jak/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1018822245951354/

Tulis komen: