Masak steak ikan salmon
Ahad, 10 Disember 2023, 3:20 pm0
Steak daging lembu yang dah clearance kadang² boleh dapat harga dalam RM8-9 sekeping, harga asal dalam belasan hingga 30 lebih ringgit kat Giant. Harga sekeping salmon steak begini adalah RM14.90 kat Sunshine.
Nak masak ikan ni kena planning awal, sehari sebelum masak, kena keluarkan dari freezer & letak dekat bahagian paling bawah peti sejuk untuk cairkan ais & isi ikan masih berada dalam suhu sejuk, bukan suhu bilik yang boleh mengaktifkan bakteria.
Kalau nyahbeku (defrost) guna microwave, akan ada beberapa tompok panas yang terhasil menyebabkan isi ikan dah masak di tompok tersebut, manakala bahagian lain terutamanya tengah² masih lagi sejuk.
Ini #resipi mudah untuk memasak steak ikan salmon. Lepas keluarkan ikan dari bungkusan, dah boleh terus masak atas frypan yang dilapis sedikit minyak menggunakan api kecil ataupun aras kuasa paling rendah pada #dapur induction.
Sebagai penambah rasa, saya hanya letak secubit garam & MSG dan masak selama lebih kurang 5 minit setiap bahagian.
Dihidangkan dengan nasi panas ditabur dengan daun bawang & mayonis untuk salad. Mayonis daripada Kewpie ini agak berbeza, rasanya lebih manis berkrim kurang berminyak, mungkin mayonis sama yang digunakan pada burger Zinger KFC. Kalau tak silap ia diperbuat daripada krim tenusu berbanding mayonis biasa yang diperbuat daripada lemak tumbuhan.
Kiranya lemak yang lebih baik untuk kita #makan sebab mengandungi omega-3, berbanding lemak daging merah atau lemak pada kulit ayam yang mengandungi lemak tepu.
15 Disember 2023
9 Disember 2023