Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Abes la dah kenal tempat ni 💸

Sabtu, 13 Januari 2024, 10:10 pm0

Sekali-sekala jalan² tanpa plan & tujuan pun best jugak. Sampai jugak ke tempat² yang selama ini hanya cakap saja nak pergi 😅.

B80EF406-1CE3-4AEA-B333-40BC4817AD76.jpeg
Design Village Outlet Mall, Batu Kawan, .

Apa yang saya faham tentang kedai outlet ialah ia menjual barangan jenama asli tetapi kualiti barangan tersebut tak mencapai piawai untuk dipasarkan di kedai rasmi atau butik jenama tersebut.

Contohnya Adidas, di kedai rasmi menjual produk edisi terkini, semua stok telah dipastikan kualitinya yang terbaik. Stok yang kualitinya tak capai standard, ataupun stok lama, ataupun edisi lama, hanya dijual di kedai outlet.

Kelebihan membeli di kedai outlet ialah kita mendapat produk branded yang original pada harga diskaun.

Antara jenama yang ada di sini seperti Adidas, Bata, Hush Puppies, Padini, Akemi, G2000, Sorella, Bonia, Cotton On, TheOnlineFashion, Brand Outlet, Al-Ikhsan, majoritinya produk pakaian. Terdapat juga kedai elektrik & elektronik seperti Tefal, Russel Taylor & Urban Republic yang menjual barangan Apple.

Ada juga kedai menjual barang dapur. Kalau lapar, di sini segala jenis kedai makan ada, dari KFC, Pizza Hut, Starbucks, Coffee Bean & Tea, Tealive, Baskin Robbin, termasuk satu kedai makan yang menarik, namanya Memang Meow 🐈‍⬛.

Layout & material untuk binaan bangunan Design Village ini nampak seperti academic complex UTP 🤓.

Saia jadi rambang mata nak sopping 🤩.

DFFB09AE-9CE3-4D49-8C2A-BD7830783320.jpeg
Family Mart Air Itam, kalau duduk kat sudut yang betul boleh nampak Kek Lok Si Temple.
8ABCA1E8-D405-4BFE-84F3-E472F827EB4C.jpeg
Jumpa tebing bukit yang penuh dengan batu² besar 😲.

Lokasi di Jalan Pantai Acheh, dekat Pusat Falak Sheikh Tahir, tempat teropong anak bulan.

Dari sini, saya cuba cari alternatif dari Kuala Sungai Pinang ke Pulau Betong, melintasi kawasan dalam kampung. Google Maps pun tak tahu jalan ni, nampak baru siap ditar & jambatan baru buka. Hujung jalan ini keluar berdekatan kedai Laksa Janggus.

C1C05162-54A2-4DD4-BE44-4038ED505CD4.jpeg
Terjumpa satu bernama Pantai Malindo. Jalan ke sini agak sempit, dari jauh tak berapa nampak pantai, hanya nampak batuan penghadang ombak.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1045824126584499/

Tulis komen: