Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Gayat naik ke atas Menara Teruntum Kuantan 188

Selasa, 9 Januari 2024, 10:45 pm0

Kena naik sendiri sampai ke puncak menara, berbanding tengok gambar saja, baru puas hati tengok sekeliling bandar Kuantan.

A5000621-30E3-4588-B0A2-4AE09FCFEF6B.jpeg
RM33 seorang untuk combo ke tingkat 1 (observation deck) & tingkat 3 (sky deck). Tingkat 2 pula ada restoran.
7E590FF1-F6CD-4D0F-9588-87602AB7C8AF.jpeg
Kat sky deck ada aktiviti skywalk, berjalan di sisi puncak menara 😬.

Sky deck ni kawasan terbuka, semasa saya ke sini, musim tengkujuh, kuat angin bertiup kat atas ni, nak berjalan pun susah. Kalau pakai T-shirt sebaiknya tuck-in, nanti kena tiup angin sampai nak tertanggal baju 😅.

8CBA937F-CA81-4C7B-A9F4-B6D5CD1141F5.jpeg
Begini pemandangan dari tempat skywalk, bawahnya ada Sungai 😣.
57E4AAAF-EF5A-421B-8ADD-A20126DC28E4.jpeg
Macam² gaya bergambar, saia pun jadi gayat 😵‍💫.
33C45340-9413-408A-B0B2-5515336911E6.jpeg
Kat observation deck, kawasan bertingkap & ber-aircond.

Di galeri digital Mat Kilau ini ada gambar & keratan akhbar tentang kemunculan Mat Kilau pada tahun 70-an dulu.

Terdapat QR code untuk pengunjung melihat galeri 3D online:

52D64B57-BB41-4C6E-B5AA-6B1769925C32.jpeg
Kalau tak silap ada 3 tempat letak binokular begini, cuma satu saja binokular yang ada untuk kegunaan pengunjung.

Jauh jugak zoom binokular ni, pantai yang jauh dilihat dari mata kasar nampak kosong, tapi bila guna teropong, nampak orang yang berjalan² di pantai tersebut.

6EE98B3D-F397-4C8B-8657-ACAEE146C06C.jpeg
Dapat nampak Kuantan Art Street dari sini.

Dalam post seterusnya saya akan kongsikan gambar² di lorong seni itu.

Ini video naik turun lif di Menara Kuantan 188 ini, kalau tak silap, waktu naik guna lif sebelah timur, turun guna lif sebelah barat.

@azwan082_my

Menara Teruntum Kuantan 188. Kalau tak silap, naik guna lif sebelah timur, turun guna lif sebelah barat.

♬ original sound – azwan082_my – azwan082_my

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1043529836813928/

Tulis komen: