Takda perubahan ketara pada moratorium yang diumumkan BNM pun

wm_94900163_141219957447822_1843081706366566400_n.jpg
wm_95239964_141219990781152_1114882542634270720_n.jpg

Jumaat, 1 Mei 2020, 1:15 am388

Disclaimer: Artikel ini berdasarkan pemahaman peribadi saya. Jika ada kesilapan, sila rujuk pada kenyataan media asal BNM, atau rujuk pada pihak bank anda.

Pada kenyataan media BNM pada 25 Mac 2020 (https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_press&pg=en_press&ac=5018&lang=en), BNM menyatakan individu ditawarkan penangguhan bayaran pinjaman selama 6 bulan. Dan pada perenggan kedua telah dinyatakan, faedah (interest) atau keuntungan (profit) akan terus terkumpul sepanjang penangguhan bayaran, dan peminjam dikehendaki melunaskan amaun yang terkumpul ini.

Tapi tak dinyatakan secara terperinci bagaimana bayaran balik interest atau profit yang terkumpul ini.

Oleh itu, pada kenyataan media BNM pada 30 April 2020 (https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_press&pg=en_press&ac=5042&lang=en), BNM menyatakan bank² akan menghubungi setiap peminjam dengan perincian tentang pembayaran interest / profit yang terkumpul.

Setiap anda sebagai peminjam kena tahu, sewaktu meminjam kita menandatangani kontrak persetujuan pembayaran balik (agreement), dengan jadual pembayaran serta jumlahnya (repayment structure).

Dengan adanya moratorium penangguhan bayaran ini, jadual pembayaran balik ini tersekat selama 6 bulan, dan jadual baru terpaksa diubahsuai selari dengan Akta Jual Beli (Hire Purchase Act) dan undang² kewangan Syariah.

Kini pihak bank telah membuat agreement baru berkenaan pembayaran balik yang terkesan oleh moratorium ini, dan anda diberi pilihan sama ada untuk bersetuju dengan agreement yang baru, ataupun tidak & seterusnya tidak mengambil moratorium.

Dalam agreement baru akan dijelaskan perubahan pada struktur bayaran balik. Tunggu pihak bank yang akan menghubungi anda melalui SMS, email atau surat-menyurat berkenaan agreement baru yang anda kena persetujui.

Jika anda tidak setuju, anda masih boleh untuk meneruskan struktur pembayaran berdasarkan agreement asal. Jika anda tidak melakukan pembayaran pada bulan April, ia tidak dikira sebagai lewat bayar, berdasarkan perenggan ke-4 kenyataan BNM semalam.

Kesimpulannya, kalau bayaran bulanan masih termasuk interest / profit & anda ambil moratorium, jumlah bayaran balik mungkin meningkat sikit (sebab hutang asal dah tambah interest / profit terkumpul waktu moratorium). Selain drpd itu, sama saja jumlah bayar balik.

Kebanyakan yang merungut dan tak puas hati terhadap pengumuman ini saya lihat adalah daripada mereka yang lebih percaya pada lakaran kiraan yang dibuat netizen rawak di internet, dan bukannya merujuk kenyataan media BNM.

Tu la jangan hanya percaya benda yang sendiri suka dengar saja. Dengar macam nak dapat duit free ja dah terus tak rujuk balik kat sumber asal. Ni mesti jenis bayar hutang kawan pun selalu buat² lupa, sekali kena macam ni sikit dah sentap 🤪.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/141220017447816/

Tulis komen: