Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Ini dia kabel V2L yang menukarkan elektrik DC dari bateri kereta kepada 250V AC

Sabtu, 25 Mei 2024, 8:50 am0

55B10ABA-D835-4744-974E-E144EFF571EF.jpeg
Menyokong arus sehingga 16A, menjadikan kuasa maksimum ialah 4000W, boleh pasang aircond portable ❄.

Saya datang ke dengan pemahaman yang MG (Morris Garages) adalah jenama dari Bri’ish, tapi rupanya syarikat ini telah dibeli oleh SAIC Motor dari China.

D23D13FA-F47A-4633-B8E8-2BDCD8C9763F.jpeg
Model MG4 ini merupakan hatchback.

Ada satu lagi model, MGZS, saya kurang berkenan design-nya sebab sejenis crossover. Saiznya alang², tak berapa compact macam hatchback, tak berapa besar macam SUV.

640DD1E4-83C1-48E6-A8E2-A7E519B7B5FF.jpeg
Bukaan belakang MG4 ini lebih besar daripada model crossover tu.

Aiseh, setting exposure kamera lari lah pulak 🥴.

B97D9341-8859-418F-A390-82B54D9E15AA.jpeg
Dalaman model ini nampak bagus dari segi ergonomik.

Design dashboard yang ringkas, tak banyak lekuk, senang nak lap² buang debu. Hanya ada satu skrin kecil belakang steering, satu skrin besar kat tengah, boleh pakai Apple Carplay. Banyak sangat skrin pun boleh mengganggu fokus memandu.

Jenis handle pintu tu antara ciri yang saya suka, sama macam kereta VW. Sebab semasa memandu, selesa merehatkan tangan kanan pada handle pintu tersebut & tangan kiri pada arm rest di tengah. Design handle pintu begini juga membolehkan ruang letak botol yang lebih panjang.

AC270D97-56F7-40EC-954A-1BA193FD5B9C.jpeg
Cuma satu yang kureng ialah rotary gear selector ni.

Biasanya kalau butang kawalan jenis bulat adalah bagi mengawal tahap kekuatan peranti tertentu, seperti kekuatan bunyi (volume), kekuatan kipas aircond & berapa sejuk suhu aircond. Pusing kiri untuk kurangkan kekuatan, pusing kanan untuk tambah kekuatan.

Kalau digunakan pada gear selector, mungkin memerlukan penyesuaian mental, di mana putar ke kanan untuk gerak kenderaan ke hadapan (drive), dan putar ke kiri untuk berundur ke belakang (reverse).

Yang kurang ergonomiknya, adalah kita kena lihat dulu posisi butang kawalan tersebut, sama ada ia telah diputar ke kiri atau ke kanan, atau dah putar ke tengah² bagi memastikan gear pada neutral. Kalau menggunakan tuil gear konvensional, tolak ke depan habis, kita tahu gear dah berada pada kedudukan P (park), dan tolak ke belakang habis, pada kedudukan D (drive), tak perlu tengok pun.

Namun ini hanya pendapat saya yang belum lagi pernah memandu menggunakan gear selector jenis bulat begini. Mungkin lepas cuba memandu untuk beberapa ketika, barulah dapat mengenalpasti kelebihannya berbanding tuil gear konvensional.

Satu lagi, cup holder kat bawah tu macam terlindung oleh panel gear & parking brake kat atas. Kalau nak letak cangkir stabak yang panjang, dengan air yang masih penuh, bila sengetkan cangkir tu takut² tertumpah air 😬.

BC0F334A-257C-4E68-A7D1-6F05AE5161B6.jpeg
Pada design luaran pula, punyalah panjang terkeluar lampu belakang ni, sampai boleh jadi tempat berteduh kalau hari hujan 😂.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1124254008741510/

Tulis komen: