Lata bermaksud jeram
Selasa, 25 Jun 2024, 7:50 am0
Iaitu kawasan #sungai dengan aliran air menuruni batu-batan besar. Air terjun merupakan salah satu ciri yang ada pada landskap lata.
Tiket masuk RM6 seorang dan RM5 untuk parking kereta, bayar cash kat pagar masuk.
Tak dapat nak naik ke anjung tinjau G & ke jambatan gantung.
Air paip kat tandas pun jadi bertanah, nak ke tandas kena tol RM1.
Kalau memandu di highway PLUS menuju Ipoh semasa hari hujan, boleh nampak air terjun ini dengan jelas.
Kat pintu tu tak ada ditulis info pasal harga bilik.
Betul² di tepi sungai. Ada beberapa tandas awam di tengah² kawasan ini, yang juga dibina menggunakan paip culvert, berkongsi dengan penginap di tiub chalet.
Terdapat beberapa ekor ayam kampung milik penduduk sekitar sini yang berkeliaran. Kalau pergi camping tak bawa cukup makanan, tangkap seekor ayam tu, panggang .
Kat kedai cenderahati, tengah belek² labu sayung, tembikar & produk anyaman yang disusun kat rak tinggi, ada seekor nuning yang tidur di rak paling atas terjaga, lalu lari ketakutan. Nasib baik tak terlanggar labu sayung sampai jatuh pecah, kalau tak memang nuning tu dibuat jadi tebusan .
@azwan082_my ASMR Air Terjun Lata Kinjang, Perak