Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Menu merarau hari ini

Khamis, 1 Ogos 2024, 1:35 pm0

Dua tahun lalu pernah cuba mac & cheese tapi jenis dalam paket ⁽¹⁾, yang ini dijual dalam mangkuk.

FDB3E4F3-B100-4BC3-AF99-162F82171122.jpeg
Mushroom carbonara Prego.
53B58EC8-A324-4FEC-81E9-D6ABF95426C3.jpeg
Dalamnya ada serbuk perasa & ada garfu plastik disediakan.
1748F61D-DE80-4321-8AAF-943B50D0D078.jpeg
ini lebih nipis daripada yang dijual dalam paket besar, supaya cepat al-dente bila direndam dalam air panas.
3EC49596-0DA6-449D-8347-66A6A9080167.jpeg
Serbuk perasanya banyak ini.
7770DC37-BC8F-4CB3-B595-83E2187DA1EC.jpeg
Isi air panas setakat tanda yang hanya diletak kat luar mangkuk, dari dalam terpaksa agak² saja setengah mangkuk banyaknya.
7FAC3268-D506-445B-8577-D848F0292542.jpeg
Lepas 5 minit, pasta dah meresap majoriti air panas & serbuk perasa dah jadi pekat.
CEB156E9-2366-400B-A984-F985B138C639.jpeg
pasta saja tak cukup, kena tambah tulur goreng ditabur dengan American BBQ & Steak Spices daripada Hexa.

😋

Merarau tu maksudnya makan tengahari. Antara istilah lain merujuk kepada masa makan dalam bahasa Melayu:

  • Minum pagi = sarapan
  • Minum rehat pagi = kudapan
  • Makan tengahari = merarau
  • Minum petang = cicipan
  • Makan malam = makan malam
  • Makan lewat malam = gabi

Sekian pelajaran bahasa hari ini 🤪.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/06/mac-cheese-segera-prego/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1165886837911560/

Tulis komen: