Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Tak banyak isi nangka dalam menu ni

Ahad, 13 Oktober 2024, 11:35 pm0

30C6DCF9-4C0E-479D-B471-61F94C37B54E.jpeg
Satu lagi menu dalam tin oleh Lifespantree, ayam masak nangka muda.

Masakan jenis sup, tak menggunakan ayam kampung, tapi ‘ayam bandar’, dan hanya ada seulas isi nangka di dalamnya.

Rasa supnya lebih kurang ayam sup dalam tin Adabi, cuma lebih manis dengan aroma buah nangka.

A5317F20-BD07-40A4-B597-3C25A0EC4170.jpeg
bersama dua menu daripada Zus Coffee.

Kiri – spanish latte, kopi susu ada ditambah gula. Kopinya saya pilih jenis ‘boss’, biji kopi Arabika yang lebih kuat rasa pahitnya.

Rasanya sedikit seperti kopiko, kalau buat sendiri, campur kopi, susu dan gula melaka, lebih kurang macam tu lah rasanya, sedikit lemak.

Kanan – buttercreme latte. Tak berapa rasa sangat kopinya, lebih kepada rasa vanilla & susu penuh krim tapi tak kuat manis. Sesuai bagi yang suka float, seperti cola atau rootbeer ditambah ais krim vanila.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1217716529395257/

Tulis komen: