Petros kena joint venture dengan Perodua untuk buat kereta hidrogen
Ahad, 8 Disember 2024, 9:50 pm0
Perodua sebagai pengeluar kenderaan paling popular di Malaysia, baru ada sizeable market untuk Petros jual hidrogen hijau mereka.
Walaupun Perodua dalam usaha mengeluarkan kereta elektrik pertama mereka tanpa bantuan teknikal Toyota atau Daihatsu, tapi saya masih rasa yang kereta hidrogen lebih praktikal dan serasi dengan cara penggunaan kenderaan petrol sekarang.
Perodua EMO-II
Prototaip kedua EV Perodua selepas EMO-I ⁽¹⁾ kat Malaysia Autoshow 7 bulan lalu. Dipamerkan di KLIMS kali ini untuk menunjukkan kemampuan & kekreatifan jurutera Perodua dalam merekacipta design luaran & dalaman.
Luaran depannya ada nampak seperti BYD, belakang ada sikit² rupa Ioniq, tayar pula macam Cybertruck.
Dalaman pula saya tak ada banyak komen, melainkan bentuk stering. Saya rasa bentuk yang paling selesa digunakan ialah bulat dengan bahagian bawah yang rata. Bila pegang lekuk rata kat bahagian bawah stering tu dah tahu yang kita pulas stering untuk kenderaan menuju lurus ke depan.
Seperti yang banyak media telah laporkan, disebabkan ini hanyalah prototaip, tak banyak rekaan yang akan dimasukkan dalam versi produksi.
Pada pendapat saya, mungkin lebih baik menggunakan semula rekabentuk MyVi, dengan sedikit perubahan facelift atau reinforcement pada chassis, dan menggantikan enjin petrol dengan sistem elektrik sepenuhnya. Dengan ini, mungkin dapat jimatkan kos dengan mengguna semula production line di kilang, cuma yang berbeza adalah pada enjinnya.
Gambar dari https://youtu.be/HozcbyMe3O0
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2024/05/melihat-myvi-karan-secara-lebih-dekat/
Querying specific JSON field in MySQL / MariaDB JSON column
3 Disember 2024